RIWAYAT HIDUP RASULULLAH SAW
Lahir
|
¨ Dilahirkan pada malam Isnin 12 Rabuilawal ,Tahun Gajah
bersamaan 20 April 570 masihi, di Kota Mekah. Berketurunan bangsawan arab
Quraisy
¨ Bapanya bernama Abdullah
bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia di Syam, semasa baginda berusia 2
bulan dlm kandungan ibunya .
|
Sewaktu
Bayi
|
§ 7 hari setelah ibunya
Aminah binti Wahab melahirkannya, datuknya Abdul Mutalib membawa
baginda ke kaabah dan tawaf sebagai tanda kesyukyran dan menamakanya Muhammad yang bererti "orang
yang terpuji".
§ Sewaktu bayinya ,Nabi Muhammad saw telah dihantar ke sebuah desa yang jauh
dari kota untuk disusukan oleh Halimatun Saadiah dan dipelihara oleh ibu susunya itu
sehingga 5 tahun.
Tujuan
baginda dibesarkan di kawasan pendalaman/desa:
Ø
Udara desa yang nyaman
dan bersih sesuai untuk kesihatan ,pembesaran
mental dan fizikal kanak-kanak.
Ø
Suasana desa tidak
tercemar dengan unsur-unsur yang tidak baik.
Ø
Supaya dapat diajar bahasa Arab baku (Arab Fusha)
Ø
Mendidiknya dengan kesusahan supaya tabah menghadapi cabaran
hidup.
§ Di desa nabi Muhammad
membantu keluarga angkatnya mengembala kambing.
Hikmah
perkerjaan sebagai pengembala :
Ø Pekerjaan ini telah mendidik jiwa baginda bersifat sabar,tabah,rendah diri, kasih sayang sesama
makhluk, suka tolong menolong dll
|
Zaman
kanak-kanak
|
o
Ketika berusia 6 tahun,ibunya meninggal dunia di
Madinah semasa menziarah makam
suaminya.Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib.
o
Ketika berusia 8 tahun, datuknya pula meninggal
dunia.baginda dipeliharapula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Baginda
mengembala kambing untuk membantu
meringankan beban bapa saudaranya itu yang miskin dan mempunyai 10 orang
anak. Ketika usianya 12 tahun, baginda mengikut bapa saudaranya berniaga ke
Syam.
|
Zaman
Remaja
|
·
Ketika beruia 25 tahun,
baginda bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid Memperniagakan barang dagangannya ke Syam , dan memperolehi keuntungan yang
banyak. Kemuliaan peribadi,kejujuran,kebijaksanaan dan keikhlasannya
menguruskan perniagaan telah menarik hati saidatina Khadijah dan melamar
baginda dan seterusya berkahwin. Baginda dikurniakan 6 orang anak hasil
perkongsian hidupnya dengan saidatina Khadijah.
|
Berusia 40 Tahun
|
ý Ketika
berusia 40 tahun baginda
dilantik menjadi rasul .Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hirak iaitu
Surah Al Alaq ayat 1 – 5
|
Berusia
63 tahun
|
·
Baginda meninggal dunia ketika usianya 63 tahun ,setelah 23 tahun menyebarkan Islam (13 tahun di Mekah
dan 10 tahun di Madinah
|
.
.