RABIATUL ADAWIYAH – WALI ALLAH
Rabiatul
Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah.
Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun
sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah,
akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula
pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan
sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi
terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya
dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul
Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya
meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan
mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik
hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia
terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada
raja dan tetamu raja.
Suatu hari
timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana
kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu
Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk
bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja
yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala
jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia
sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja.
Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu
menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik,
kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan
biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya.
Pada suatu malam
raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul
Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian
serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk
melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan
Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis
tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja.
Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa
daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja
sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan
penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang
menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri
terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ.
Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam
rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan.
Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh
Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul
Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah
terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan
jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh
pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia
inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki
yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang
sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah
pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah
harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana
ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah
meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah
jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira
kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah.
Pada suatu hari
ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat
harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya
kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang
ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak
berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah
untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul
Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
[Surah al-A'raf, ayat 201]
No comments:
Post a Comment