Monday, January 30, 2012

Sejarah Hidup Rasulullah SAW


RIWAYAT HIDUP RASULULLAH SAW



Lahir
¨       Dilahirkan pada malam Isnin 12 Rabuilawal ,Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 masihi, di Kota Mekah. Berketurunan bangsawan arab Quraisy

¨       Bapanya  bernama Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia di Syam, semasa baginda berusia 2 bulan dlm kandungan ibunya .




Sewaktu
Bayi
§  7 hari setelah  ibunya  Aminah binti Wahab melahirkannya, datuknya Abdul Mutalib membawa baginda  ke kaabah  dan tawaf sebagai tanda kesyukyran dan  menamakanya Muhammad yang bererti "orang yang terpuji".
§  Sewaktu bayinya ,Nabi Muhammad saw telah dihantar ke sebuah desa yang jauh dari kota  untuk disusukan oleh Halimatun Saadiah  dan dipelihara oleh ibu susunya itu sehingga 5 tahun.

             Tujuan baginda dibesarkan di kawasan pendalaman/desa:
Ø  Udara desa yang  nyaman dan bersih sesuai untuk kesihatan ,pembesaran  mental dan fizikal kanak-kanak.
Ø   Suasana desa tidak tercemar dengan unsur-unsur yang tidak baik.
Ø  Supaya dapat diajar bahasa Arab baku (Arab Fusha)
Ø  Mendidiknya dengan kesusahan supaya tabah menghadapi cabaran hidup.

§  Di desa nabi Muhammad membantu keluarga angkatnya mengembala kambing.
      Hikmah perkerjaan sebagai pengembala :      
Ø  Pekerjaan ini telah mendidik jiwa baginda bersifat  sabar,tabah,rendah diri, kasih sayang sesama makhluk, suka tolong  menolong dll




Zaman
kanak-kanak

o    Ketika berusia 6 tahun,ibunya meninggal dunia di Madinah  semasa menziarah makam suaminya.Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib.

o    Ketika berusia 8 tahun, datuknya pula meninggal dunia.baginda dipeliharapula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Baginda mengembala kambing untuk  membantu meringankan beban bapa saudaranya itu yang miskin dan mempunyai 10 orang anak. Ketika usianya 12 tahun, baginda mengikut bapa saudaranya berniaga ke Syam.


Zaman
Remaja

·         Ketika beruia 25 tahun, baginda bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid Memperniagakan  barang dagangannya  ke Syam , dan memperolehi keuntungan yang banyak. Kemuliaan peribadi,kejujuran,kebijaksanaan dan keikhlasannya menguruskan perniagaan telah menarik hati saidatina Khadijah dan melamar baginda dan seterusya berkahwin. Baginda dikurniakan 6 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan saidatina Khadijah.
Berusia 40 Tahun

ý  Ketika berusia 40 tahun baginda dilantik menjadi rasul .Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hirak iaitu Surah Al Alaq ayat 1 – 5
Berusia  63 tahun

·         Baginda meninggal dunia ketika usianya 63 tahun ,setelah 23 tahun menyebarkan Islam (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah
.
.

No comments:

Post a Comment