Hadith-hadith berikut memperingatkan kita
betapa besar dosanya menyembunyikan ilmu ugama Islam itu:
(1) Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata
daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘Tidak dari seseorang lelaki hafal ilmu maka
disembunyikannya dari orang lain, kecuali didatangkan dengannya pada hari
qiamat digari (yakni, dirantai) dengan rantai (gari yang diperbuat) dari api
neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas menjelaskan adalah menjadi tanggung jawab utama
mereka yang memiliki ilmu itu menyampaikannya kepada orang lain. Jika tidak
disampaikannya atau disembunyikannya kerana bakhil dia akan ilmunya atau tidak
mahu dia ramai orang lain berilmu, atau mendatangkan kesuahan kepadanya kerana
menyampaikan ilmu tanpa imbuhan, atau disampaikannya hanya dengan upah atau
bayaran, maka balasannya jelas dalam hadith itu dan hadith-hadith berikutnya,
iaitu masuk neraka dengan kedua tangannya digari (diikat) dengan gari yang
diperbuat daripada api neraka. Oleh kerana itu wajib menyampaikan ilmu itu.
Maka dengan itulah Abu Hurairah (r.a) berkata, disampaikan olehnya
hadith-hadith Rasulallah (s.a.w) bukan dengan tujuan peribadi atau selain dari
mengikuti perintah Allah (a.w) seperti yang tersebut dalam dua ayat Surah
al-Baqarah tersebut.
Di dalam hadith ini diceritakan sebab musabah Abu Hurairah (r.a)
terpaksa menyampaikan dan menyebarkan Ilmu al-Hadith itu, kerana mematuhi
perintah Allah (a.w) di dalam Ayat 174 dan 175, Surah al-Baqarah Allah (a.w)
melarang supaya sesiapa yang ada ilmu yang datangnya dari al-Quran dan
as-Sunnah itu tidak disimpan atau disembunyikan. Wajib disampaikan dan
disebarkan ilmu. Maka dengan itulah juga Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam
‘sampaikan dariku walaupun sepotong ayat’.
Nota: Ayat 174, Surah al-Baqarah: (Bermaksud) ‘Sungguh-sungguh
orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah (a.w), iaitu Kitab
(i.e. al-Quran), dan menjualnya dengan harga yang murah, mereka hanya menelan
api neraka dalam perutnya (i.e. makan dan minum yg dihasilkan dari menjual
ayat-ayat yg diturunkan Allah (a.w), menyebabkan mereka masuk dalam neraka).’
Ayat 175, Surah al-Baqarah: (Bermaksud) ‘Mereka itulah yg membeli kesesatan
dengan petunjuk dan azab dengan keampunan. Maka alangkah beraninya mereka
menentang api neraka!’ Yakni, Allah (a.w) memberitahu pasti mereka masuk neraka
dan mereka sungguh berani walaupun diberitahu pasti masuk neraka, kerana kekal
melakukannya setelah ditegah atau dilarang. Larangan yg serupa juga terpakai
terhadap as-Sunnah atau al-Hadith.]
Jazakallahu hairah
Sumber: Sayamuslim.com
No comments:
Post a Comment