Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru 2012

Cikgu ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua rakan-rakan blogger, pelajar-pelajar dan pengunjung blog ini. Tanamkan azam yang baik sebagai dorongan kepada kita semua.

Wednesday, December 28, 2011

Tuesday, December 27, 2011

Monday, December 12, 2011

SBPA

UMUM
PENDIDIKAN

Klik link di atas jika berminat.

Wednesday, December 7, 2011

Takwim Persekolahan 2012

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2012


KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya


Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari

 Semester 1 Hari Persekolahan 04.01.2012 31.01.2012 20

Hari Persekolahan 01.02.2012 29.02.2012 21

Hari Persekolahan 01.03.2012 09.03.2012 7

Cuti Pertengahan Penggal 10.03.2012 18.03.2012 9

Hari Persekolahan 19.03.2012 31.03.2012 10

Hari Persekolahan 01.04.2012 30.04.2012 21

Hari Persekolahan 01.05.2012 25.05.2012 19

Cuti Pertengahan Tahun 26.05.2012 10.06.2012 16



Semester II Hari Persekolahan 11.06.2012 30.06.2012 15

Hari Persekolahan 01.07.2012 31.07.2012 22

Hari Persekolahan 01.08.2012 17.08.2012 13

Cuti Pertengahan Penggal ke II 18.08.2012 26.08.2012 9

Hari Persekolahan 27.08.2012 31.08.2012 5

Hari Persekolahan 01.09.2012 30.09.2012 20

Hari Persekolahan 01.10.2012 31.10.2012 28

Hari Persekolahan 01.11.2012 09.11.2012 7

Cuti Akhir Tahun 10.11.2012 01.01.2012 53

Jumlah 290 hari

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 203

Jumlah Hari Cuti Penggal 87

Cuti umum 2012



Sunday, December 4, 2011

Jawapan Soalan Ramalan SPM 2012

Berikut adalah jawapan bagi soalan Ramalan SPM 2012(yang belum dibincangkan)

    Perkongsian ABC
    Utg bersih terselaras   RM 24 650
    Kongsi Untung RM 36 450
    Baki akhir Akaun Semasa  Amin RM 8 400 (kt); Bibi RM 2 400(Kt) dan Chah RM 3700 (Dt)

    Perkongsian 3A
    Untung Bersih terselaras RM 20 775
    Kongsi Untung   RM 41 800
    Baki akhir Akaun Semasa Ali RM 21 980(kt); Alia  RM 9 180(Kt) dan Aliah  RM 12 615 (Kt)

    Perkongsian Hidayah
    Untung Kasar   RM 36 630
    Untung Bersih  RM 21 360
    Kongsi Untung RM 17 000
    Baki akhir Akaun Semasa  Fathiyah RM 7774 (kt) dan Syukriah RM 7786 (kt)
    Kunci Kira-kira RM 60 260

   Kelab Kebajikan Taman Mahkota

  Akaun Yuran--- Pend & Perb.  RM 16 860
  Untung Program Majlis Makan Malam RM 1 240
  Lebihan RM 15 543
  Dana terkumpul RM 19 083

  Perniagaan Ros
Baki akhir Jan RM 13 070   Feb RM 66 920 dan Mac  RM 98 220

Friday, December 2, 2011

Soalan Ramalan SPM 2012

Ini adalah set soalan yang cikgu ramalkan akan keluar dalam SPM 2011. Cuba buat latihan ini manalah tahu mungkin akan keluar.... Apa-apapun kena tunggu Hari Isnin...

Soalan Ramalan SPM 2011 Kertas 2

Wednesday, November 30, 2011

Wirid dan Doa Untuk Pelajar



Doa untuk mudah faham dan berupaya menghafal sesuatu.

Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

 
                                                                   WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI


Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat.
“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

Untuk lebih banyak doa dan wirid untuk pelajar klik link di bawah:



Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Doa akhir tahun:


: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan mngampunkan dosanya setahun."


Sunday, November 20, 2011

SPM 2012

Cikgu ucapkan selamat berjaya kepada semua calon SPM 2012 terutama sekali kepada calon yang mengambil Prinsip Perakaunan. Percaya kepada diri sendiri, belajar dengan bersungguh-sungguh dan banyakkan  berdoa.

Saturday, October 29, 2011

Modul Tingkatan 5

Cikgu mempunyai modul P&P semua topik Tingkatan 5. Jika anda berminat untuk mendapatkan modul tersebut bolehlah emelkan cikgu. Emel cikgu ialah 65shahmus@gmail.com dengan hanya RM 10 sahaja.

Monday, October 10, 2011

Menakjubkan

Cuba lihat 3 titik ditengah selama 10 saat kemudian lihat dinding kosong. Anda pasti dapat melihat sesuatu yang menakjubkan.

Thursday, September 15, 2011

Topik ramalan Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Ini adalah topik-topik yang cikgu ramalkan akan keluar dalam Peperiksaan Percubaan SPM.
Antaranya ialah Penyata Kewangan milikan tunggal/perkongsian/Kelab dan Persatuan: Penyata Penyesuaian Bank: Belanjawan Tunai: Pembubaran Perkongsian: Pengeluaran: Kelab dan Persatuan: Pelarasan pada Tarikh Imbangan ( terakru, terdahulu, Susutnilai).

Perlu dingat topik-topik ini sekadar ramalan sahaja.

Sunday, September 11, 2011

Kembalinya ayahandaku ke rahmatullah

Pada tanggal 5 September 2011 ayahandaku telah pergi buat selama-lamanya. Allahyarham disahkan meninggal oleh doktor pada jam 2.10 pagi setelah koma selama 4 hari. Memang sedih dan perit terasa kehilangan orang tercinta tetapi Allah lebih menyayangi ayahandaku. Cikgu reda dengan pemergiannya semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatlkan dikalangan para syuhadah.. ALFATIHAH.

Saturday, September 3, 2011

Doa buat Ayahanda tercinta

Pada hari raya yang ketiga ayahanda cikgu telah dimasukkan ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kerana lemah badan yang amat ketara. Setelah diperiksa oleh doktor-doktor ayahanda cikgu disahkan mengalami kekurangan gula dan garam di dalam badan. Walaupun ayahnda cikgu tidak begitu sihat untuk berpuasa tetapi tetap diteruskan juga. Ini mengakibatkan kekurangan bahan-bahan tersebut di dalam badan kerana ayahanda cikgu begitu tidak berselera untuk makan apabila berbuka. Sekadar sesuap nasi dan seteguk air sahaja. Pada jam lebih kurang 2 pagi ayahanda cikgu diserang stroke dan terus koma sehingga hari ini. Hari ini dah masuk 2 hari ayahanda cikgu koma. Cikgu merasa amat sedih dengan insiden tetapi percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Kepada pengunjung blog cikgu tolonglah sama-sama doakan agar ayahanda cikgu sihat seperti biasa.

Soalan Latihtubi SOLAF JPN PERAK 2011

Klik di sini

Soalan Percubaan TIMES 2011

Klik di sini

Thursday, August 4, 2011

Tugasan Kertas 3 Tingkatan 4/2011

Ini adalah maklumat Kertas 3 Prinsip Perakaunan Tingkatan 4. Kerja kursus ini mesti disiapkan dari bulan Ogos hingga September 2011. Klik di bawah jika berminat.
Soalan Tugasan
Panduan Perlaksanaan

Saturday, July 30, 2011

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Zon 4 JOHOR

Salam Ramadan

Saya ingin mengambil kesempatan di sini utk mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan yang mulia ini.

Thursday, July 7, 2011

Ciri-ciri Orang Jepun yang patut dicontohi dan diteladani.....










Ciri-ciri orang JEPUN yang patut dicontohi


1.MENEPATI MASA

Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang baik untuk kita contohi.Densya(keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan.Di sini kita dapat lihat attitude mereka nihonjin ini terhadap masa.

Jika anda terlambat walaupun seminit, ucapkan sayonara (bye) jela.. Kereta api tu pun dah merentasi jauh. Kereta api peluru mereka tersangat laju (40 kali kuasa motor mesin basuh). Bayangkan lah !!. Itulah sebab mereka sangat menepati masa..

2.MENJAGA KEBERSIHAN

Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di eki(stesen keretapi),kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Air paip nya boleh diminum terus tanpa perlu dimasak. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. bagusnya jika rakyat negara kita juga terdidik untuk sentiasa menjaga kebersihan.

3.JUJUR

Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di jepun. Jika anda terlupa mengunci rumah anda atau tertinggal barang berharga dalam kereta, JANGAN risau !! kerana peratus kehilangan barang sangatlah rendah. Jika kita tertinggal dompet dimana2, pergi sahaja ke balai polis berdekatan. Insya-Allah barang anda akan didapati semula di balai polis. Subarashi !! (Wow!) jujur nya mereka ni.. Alangkah baiknya umat Islam Malaysia bersikap begitu..

4.RAJIN MEMBACA

Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam,sambil menunggu densya,dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca.Satu sifat yang wajib dicontohi oleh semua orang.Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu,maka tak hairanlah masyarakat jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.

5.TEKUN BEKERJA dan BERTANGGUNGJAWAB

Tak kira pensyarah,pekerja pejabat,pelayan restoran,driver bas dan sebagainya,mereka amat komited dengan kerja masing-masing.Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja.Bagi mereka kerja adalah segala-galanya.Maka tak hairanlah dimana-mana saja banyak syarikat jepun yang gah di mata dunia.Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka.

6.SISTEMATIK

Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula yang teratur.Ditetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah sekian-sekian yang wajib diasingkan(bunbetsu).Di Malaysia juga ada sistem seperti ini tapi mungkin kerana tidak terdidik untuk melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berjaya dilakukan.

Sistem dan jadual perjalanan densya/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Tidak seperti Rapid KL (sebagai contohnya), sistem mereka tidak menepati masa. Kadangkala kita perlu menunggu lama (sepatutnya menunggu dalam 15 minit tapi jadi 30 minit pulak).. Banyak lagi sistem Jepun yang sistematik lagi untuk diceritakan..

7.MENGHORMATI ORANG LAIN

Orang jepun sememangnya terkenal dengan sikap sopan.Sopan terhadap orang tua,orang yang lebih tua atau senpai(senior).Setiap kali kalau masuk kombini atau kedai pasti akan kedengaran pekerja-pekerja mengucap "irasshaimase" atau selamat datang.Walaupun ketika itu ada antara pekerja yang sedang mengemop lantai.Pun akan mengucap selamat sambil tunduk.Dan bila keluar pula akan ucap "arigato gozaimasu" atau terima kasih.Satu pemandangan luarbiasa bagi sesiapa yang kali pertama datang ke jepun.Juga pemandangan yang bagi saya tak akan diperoleh dimana-mana selain jepun.

Akhlak yang ditunjuk oleh orang jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam.Bayangkanlah, kalaulah negara sehebat jepun ini menjadi sebuah negara Islam alangkah bertuahnya dan sudah tentu Islam akan kembali gah di mata dunia,mengulang kembali detik-detik kegemilangan Islam suatu masa dahulu....

(Bahan ini diambil daripada Internet… renung-renungkanlah)

TEKNIK BELAJAR DENGAN CEMERLANG

TEKNIK BELAJAR BERKESAN


Pengenalan

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberapa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.



Teknik Belajar 5R-STUV

1. Recopy [salin semula]

2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]

3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]

4. Recheck [semak semula]

5. Reasonable [jawapan berpatutan/sebaliknya]



1. S-sumarize [ringkaskan nota penting]

2. T-test your self [uji diri anda]

3. U-use [gunakan]

4. V-visualize [bayangkan selalu]



Teknik Belajar Secara Pembayangan

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisis dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak kita dengan bijaksana dan sepenuhnya. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk berkhayal tentang pelajaran, maka masanya telah tiba untuk kita mengikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan sia-sia itu dan segerakan penggunaan setiap saat yang ada untuk berkhayal dan berimaginasi tentang pelajaran yang semestinya membawa pelbagai faedah.

Teknik pembayangan memerlukan penumpuan yang serius. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur. Bilik tidur anda sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, rajah, sifir, graf, formula, carta, fakta dan apa jua yang telah dipelajari. Bayangkan ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam. Soal diri anda, dari satu soalan ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah anda tertidur. Ulangi perkara ini apabila anda terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.

2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)

3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.

4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin atau di dinding bilik anda)

7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)

8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)

9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)

10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)

12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)

13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)

14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

15. Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)

16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)

17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)

18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah/artikel)

19. Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)

20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

21. Masa makan ( baca nota ringkas)



MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH

Lain-lain masa yang perlu diurus.

1. Masa ditelefon(pendekkan perbualan anda.)

2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)

3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)

4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)

5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)

6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)

7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)

8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

9. Masa berbual dengan rakan ( Tanya perkara yang anda kurang arif)

10. Semasa melipat kain baju (Ingat formula-formula)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan berdisiplin, anda pasti akan berjaya dengan cemerlang.



Teknik Belajar PV3R

1. Preview (tinjauan awal)

2. Question (soal diri)

3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)

4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)

5. Review (tinjauan akhir)

6. Sumarize (ringkaskan)

7. Test your self (uji diri anda)

8. Use (gunakan)

9. Visualize (bayangkan)



7 Cara Cemerlangkan Otak

1. Positive mental attitude & positive physical action.

2. Air-clean air for the brain.

3. Mental Challenges for the brain.

4. Food for the brain.

5. Exercise for the brain.

6. Sleep for the brain.

7. Meditation & power brain./

Amalan peningkatan daya ingatan

1. Faham.

2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.

3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.

4. Percaya pada diri sendiri.

5. Ulang berkali-kali.

6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.

7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.

8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

Kelab dan Persatuan

Ini adalah Modul P&P bagi topik Kelab dan Persatuan.
Klik di sini

Modul Pembelajaran Teknikal

Ini adalah Modul Pembelajaran yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasioanal Kementerian pelajaran Malaysia.
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3

Sunday, July 3, 2011

Pertandingan Kuiz PNB Suku Akhir 2011






Pada 30 Jun 2011 yang lalu pertandingan di atas telah berlangsung di SMK Seri Tangkak, Ledang. Batu Pahat diwakili oleh SMK(P) Temenggong Ibrahim dan berjaya mendapat Naib Johan. Tahniah cikgu ucapkan kepada Amirah Farhanah Hashim,  Koh Sze Hui dan Lou Sin Wei.

Friday, June 10, 2011

Syarikat Berhad

Ini adalah modul bagi topik Syarikat Berhad. Berminat klik di bawah

klik di sini

Tuesday, June 7, 2011

Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

5 BUMI
5 PLUTO

Jangan kecewa dan putus asa jika markah tidak memuaskan hati anda. Cikgu akan berusaha dengan gigih untuk membantu anda mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Wednesday, May 11, 2011

Tips! Tips! Tips! Peperiksaan Pertengahan Tahun Ting 5

Ramai pelajar bertanya apakah soalan yang akan keluar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Terus-terang cikgu katakan di sini bahawa cikgu tak tahu sebenarnya. Bagaimanapun pelajar boleh memberikan fokus yang lebih kepada topik Tingkatan 5 seperti Penyata Penyesuaian Bank, Penggajian,  Belanjawan Tunai dan Varian, Perkongsian 1 dan Perkongsian II (Pembubaran Perkongsian). Bagi Tingkatan 4 pula berikan tumpuan kepada konsep-konsep perakaunan, Ciri-ciri Penyata Kewangan, Klassifikasi Akaun, petikan daripada proses Kitaran Perakaunan dan semestinya penyediaan Penyata Kewangan milikan tunggal. Perlulah diingat bahawa ini adalah ramalan sahaja. Seharusnya pelajar mengulangkaji semua topik cuma tumpuan lebih diberikan kepada topik yang dicadangkan oleh cikgu. Selamat menjawab.

Sunday, April 10, 2011

Tugasan Kertas 3 Tingkatan 5 2011

Alhamdulilah cikgu telah dapat mengadakan satu taklimat kepada para pelajar TIGS. Walaupun ringkas tapi cikgu merasakan yang maklumat yang perlu disampaikan telah dapat disampaikan dengan jayanya. Para pelajar nampak begitu bersemangat untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Alhamdulilah. Di hujung minggu ini juga cikgu telah berkesempatan untuk membuat tugasan tersebut sehingga Imbangan Duga. Cikgu seperti biasa dapat Imbangan Duga yang seimbang. Jmlah yamg seimbang ialah RM 331 106 (tanpa catatan pembalikan) .Jika dapat lain daripada jumlah tersebut maka cuba lagi. Jika ada masalah bolehlah emel cikgu.

Friday, April 8, 2011

Perkongsian II

Ini adalah modul P&P bagi topik Tingkatan 5 Pembubaran Perkongsian.
Klik di sini

Soalan Objektif Topik Tingkatan 4

Bab 3
Bab 4
Bab 5

Thursday, April 7, 2011

Tsunami in Japan

Sekadar Renungan

Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2011 dengan anggaran kekayaan masing-masing:


Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM50.04b
Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM45.78b
Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM12.77b
Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM12.74b
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.89b
Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM10.75b
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM8.84b
Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM7.43b
Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM4.77b
Ong Beng Seng (HPL) RM3.98b

Selawat untuk mudah ingat apa yang dipelajari


Harap dapat diamalkan semoga apa yang dipelajari itu akan kekal dalam ingatan kita.

Thursday, March 31, 2011

Teknik meningkatkan daya ingatan

10 perkara yang boleh anda lakukan untuk menjaga daya ingatan  agar tetap dalam keadaan baik.


Kacang Soya

Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori

Zat Besi

Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak

Kopi

Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein

Latihan Mental

Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.

Latihan Fizikal

Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.

Mengunyah Gula-Gula Getah

Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

Ginkgo Biloba

Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki pengaliran darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.

Minyak Ikan

Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.

Rosemary Dan Sage

Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.

Vitamin B

Vitamin B berfungsi mengirimkan oksigen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.

Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.

(sumber:www.jomlayan.com)

Adakah anda BUTA WARNA

BUTA WARNAKAH AKU?

Saturday, March 26, 2011

Sijil LCCI

Kepada para pelajar SPM 2010 yang tertera gred LCCI pada slip peperiksaan SPM layak untuk mendapatkan sijil tersebut. Saya telah menyediakan borang yang boleh digunakan oleh pelajar untuk memohon bagi mendapatkan sijil tersebut. Pastikan anda mendapatkan sijil tersebut sebagai pengakuan kualiti ilmu perakaunan yang dimiliki oleh anda. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang berjaya.
Borang LCCI SPM 2010

Tuesday, March 22, 2011

Keputusan SPM 2011

Besok keputusan SPM akan diumumkan. Cikgu berdoa agar semua pelajar  termasuk anak cikgu yang menduduki peperiksaan ini akan memeperolehi kejayaan yang cemerlang. Di sini cikgu sediakan link dan cara  untuk menyemak keputusan anda.

Semak keputusan SPM 2010 melalui sms


Seperti yang ramai pelajar lepasan SPM 2010 sedia maklum, tarikh pengumuman keputusan SPM 2010 ialah pada hari Rabu ini, 23 Mac 2011.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di Putrajaya.

Buat kali pertama juga, semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga diperkenalkan bagi memudahkan pelajar SPM 2010 menyemak keputusan masing-masing.

Cara Menyemak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip SPM SEMAK dan hantar ke 15888. Setiap semakan dicaj RM 0.35. Semakan bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011) hingga 11.59 malam (30 Mac 2011) atau mungkin juga ditamatkan pada hari yang sama.

Sunday, March 13, 2011

Kerjarumah untuk 4 BUMI 2011

Ini adalah kerjarumah untuk para pelajar 4 BUMI.  Bagi topik Persamaan Perakaunan buat soalan-soalan belum di buat sahaja. Yang lain buat semua. Utk pengetahuan para pelajar latihan bagi sistem catatan bergu akan cikgu upload pada hari Isnin nanti.

Persamaan Perakaunan
Soalan Objektif Bab 1
Soalan Objektif Bab 2

Tuesday, March 8, 2011

Perisian Kerja Kursus Prinsip Akaun Kertas 3

Perisian ini telah dibina oleh MPM.

Perisian ini dapat membantu guru-guru Prinsip Perakaunan dalam menilai kerja kursus pelajar berdasarkan pemberat yang diberi
Perisian format Excel ini boleh digunakan dengan mengikut arahan mudah yang telah disertakan.

Komputer guru mestilah mempunyai program kompressor Winrar/Winzip

klik di sini

Thursday, February 24, 2011

Koleksi Bahan P&P Prinsip Perakaunan

Banyak bahan yang sangat berguna utk guru dan pelajar ketika berkursus di Pontian, JOHOR. Sila klik jika berminat:
Hotel Pontian

Koleksi Soalan Aneka Pilihan

Ini adalah koleksi soalan aneka pilihan. Sangat berguna untuk memantapkan kefahaman para pelajar. harap dapat membantu anda.

Terengganu 2008
Selangor 2008
Perlis 2008
Perak 2008
Pahang 2008
N9 2008
Kelantan 2008
Kedah 2008
SPM SET 1
SPM SET 2
SPM SET 3
SAS 2008
PA SET 1
PA SET 2
PA SET 3
PA 2003
Soalan OBJ
SPM 2004-2009
JPNJohor T4
JPN OTI 2010
JPNT OTI 1
TING 4 2010

Saturday, February 19, 2011

Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan 2011

Ini adalah Format Pentaksiran terkini  yang telah diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan utk matapelajaran Prinsip Perakaunan bermula tahun 2011. Anda juga boleh melihat contoh TUGASAN KURSUS  Prinsip Perakaunan Tingkatan 5.

klik di sini

Saturday, February 12, 2011

Modul P&P Tingkatan 5

Saya telah menyediakan beberapa modul P&P untuk dikongsi bersama. Sila murnikan jika terdapat kekurangan.
Penyata Penyesuaian Bank
Belanjawan Tunai dan Varian
Tafsiran Penyata Kewangan
Penggajian
Perkongsian

Thursday, February 10, 2011

Konsep BADHEL

Ini adalah satu konsep yang boleh digunapakai ketika mengajar para pelajar Tingkatan 4. Ia mungkin dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar anda. 
Klik di bawah jika berminat:
Konsep BADHEL

Nota Tingkatan 4

Nota untuk setiap topik dalam Tingkatan 4. Harap dapat membantu. Sila klik jika berminat

Nota Ting 4

Bahan berguna Prinsip Perakaunan

Sila klik di bawah:
Buku Format Pentaksiran 2011
Strategi Peningkatan Prestasi
Program Terancang Peningkatan Prestasi
Pelan Strategik 2011
Manual Pengurusan Prinsip Perakaunan

Wednesday, January 5, 2011

Saya mengucapkan selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar dan guru. Semoga kembali ke sekolah dengan azam dan cita-cita yang menggunung.