Pengenalan
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberapa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.
Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.
Teknik Belajar 5R-STUV
1. Recopy [salin semula]
2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonable [jawapan berpatutan/sebaliknya]
1. S-sumarize [ringkaskan nota penting]
2. T-test your self [uji diri anda]
3. U-use [gunakan]
4. V-visualize [bayangkan selalu]
Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisis dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak kita dengan bijaksana dan sepenuhnya. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk berkhayal tentang pelajaran, maka masanya telah tiba untuk kita mengikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan sia-sia itu dan segerakan penggunaan setiap saat yang ada untuk berkhayal dan berimaginasi tentang pelajaran yang semestinya membawa pelbagai faedah.
Teknik pembayangan memerlukan penumpuan yang serius. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur. Bilik tidur anda sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, rajah, sifir, graf, formula, carta, fakta dan apa jua yang telah dipelajari. Bayangkan ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam. Soal diri anda, dari satu soalan ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah anda tertidur. Ulangi perkara ini apabila anda terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.
Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin atau di dinding bilik anda)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah/artikel)
19. Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
21. Masa makan ( baca nota ringkas)
MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG
MASA BELAJAR WAKTU SUBUH
Lain-lain masa yang perlu diurus.
1. Masa ditelefon(pendekkan perbualan anda.)
2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
9. Masa berbual dengan rakan ( Tanya perkara yang anda kurang arif)
10. Semasa melipat kain baju (Ingat formula-formula)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan berdisiplin, anda pasti akan berjaya dengan cemerlang.
Teknik Belajar PV3R
1. Preview (tinjauan awal)
2. Question (soal diri)
3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
5. Review (tinjauan akhir)
6. Sumarize (ringkaskan)
7. Test your self (uji diri anda)
8. Use (gunakan)
9. Visualize (bayangkan)
7 Cara Cemerlangkan Otak
1. Positive mental attitude & positive physical action.
2. Air-clean air for the brain.
3. Mental Challenges for the brain.
4. Food for the brain.
5. Exercise for the brain.
6. Sleep for the brain.
7. Meditation & power brain./
Amalan peningkatan daya ingatan
1. Faham.
2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
4. Percaya pada diri sendiri.
5. Ulang berkali-kali.
6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).
No comments:
Post a Comment