Pada hari raya yang ketiga ayahanda cikgu telah dimasukkan ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kerana lemah badan yang amat ketara. Setelah diperiksa oleh doktor-doktor ayahanda cikgu disahkan mengalami kekurangan gula dan garam di dalam badan. Walaupun ayahnda cikgu tidak begitu sihat untuk berpuasa tetapi tetap diteruskan juga. Ini mengakibatkan kekurangan bahan-bahan tersebut di dalam badan kerana ayahanda cikgu begitu tidak berselera untuk makan apabila berbuka. Sekadar sesuap nasi dan seteguk air sahaja. Pada jam lebih kurang 2 pagi ayahanda cikgu diserang stroke dan terus koma sehingga hari ini. Hari ini dah masuk 2 hari ayahanda cikgu koma. Cikgu merasa amat sedih dengan insiden tetapi percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
Kepada pengunjung blog cikgu tolonglah sama-sama doakan agar ayahanda cikgu sihat seperti biasa.
No comments:
Post a Comment