Monday, August 30, 2010

31 OGOS TARIKH KERAMAT RAKYAT MALAYSIA


DI PENTAS KEBEBASAN

Kamu membakar hutan bandar
kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua
puluh satu
siapa yang ditentang juga jelas
menegakkan keadilan dengan tangan kasar
meja rundingan pun turut dibakar.

Seorang tua termanggu melihat kejadian
peristiwa yang tidak terlintas di fikiran
apakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaan
kau bersorak bangga mematahkan.

Aku yang mengecat tugu sejarah
putih bersih sedap mata memandang
kau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampar
tangannya letih hendak menangani
mereka yang bingung di pentas kebebasan
tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak
sedangkan ladang sudah dibajak
benih sudah dipilih untuk disemai.

Orang tua itu berbisik sedih
aku membina kamu meruntuhkan.

KHADIJAH HASHIM
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur


Hayatilah sajak di atas. Ingatlah wahai generasi muda kemerdekaan ini adalah satu anugerah generasi terdahulu kepada kita. Bersamalah kita memelihara kemerdekaan ini...... untuk selama-lamanya......

"1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI'

Monday, August 23, 2010

Sungai di dalam laut?

Cikgu terpanggil untuk mencoretkan sedikit sebanyak cerita tentang sungai yang terletak di dasar laut. Beginilah ceritanya....

Sekilas mendengar kalimat tersebut memang sulit diterima akal manusia. Mana mungkin ada sungai didalam laut. Tapi ini lah yang terjadi di Cenote Angelita, Mexico. Sungguh salah satu bukti kekuasaan Allah SWT. Dia menciptakan berbagai keajaiban diluar akal sehat manusia.

Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. (QS : Al Furqon 53)

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing (QS Ar Rahmaan : 19-20)


Perjalanan pasukan penyelam telah menemui sebatang sungai di bawah laut
Sungai yang indah dan menakjubkan ini pertama kali ditemui oleh penyelam bernama Anatoly Beloshchin. Beliau telah mengambil gambar sungai dalam laut ini dari kedalaman 60 meter. Berdasarkan berita dari crystalkiss.com yang saya dapat dari vivanews.com menyatakan, pasukan penyelam ini telah menemukan air tawar di kedalaman lebih dari 30 meter tengah laut .

Kemudian melepasi kedalaman 60 meter keadaan berubah di mana menemukan air laut kembali. Tak jauh dari sana mereka menemui sebuah gua. Dibawah dekat gua itulah mereka menemukan sebuah sungai lengkap dengan pohon dan dedaunan yang mengapung, subhanallaahh…

Lihat saja gambar di bawah ini....dan klip video di bawah:













Friday, August 20, 2010

k3tigs


Perlu diingat bahawa tempuh masa untuk menyiapkan kerja kursus ini adalah 2 bulan sehingga akhir September.





Tuesday, August 17, 2010

I want Nuggets

Funny yet frightening . Watch it.

Kertas 3

Bahan yang sangat berguna untuk menyiapkan tugasan Kertas 3 Prinsip Perakaunan.
Klik di sini

Monday, August 16, 2010

Dokumen Template/Kosong


Sangat membantu untuk mendrafkan dokumen. Tak payah nak pening-pening.
Draf dokumen di sini

Koleksi soalan Tingkatan 4


Cuba buat latihan di bawah.
K1Ting4
K1JbT4i
K1JBT4ii
K2Ting4
Mungkin akan membantu anda dalam peperiksaan.

JJ dan JB II

Latihan yang memantapkan kefahaman anda.
jj/jb

Pengelasan Item

Menguji kefahaman anda tentang pengelasan item.
klik sini

Latihan Lejar II

Soalan-soalan latihtubi berkaitan topik di atas.

Lejar II

Belanjawan Tunai

Soalan-soalan latihtubi berkaitan dengan topik di atas.
klik di sini

Sunday, August 15, 2010

Teacher O !!!! Teacher

Who is smarter?

Funny video. Watch it.

Modul Penyata Kewangan

Ini adalah modul yang mungkin dapat membantu anda memahami topik Penyata Kewangan.Modul ini telah disediakan oleh GURU-GURU Perakaunan negeri Johor.

klik di sini jika berminat

Tuesday, August 10, 2010

Inspirational Speech

Taklimat Kertas 3

Pada hari Sabtu lepas cikgu telah menghadiri satu taklimat yang telah disampaikan oleh En Mohamad Don bin Hadi, guru cemerlang dari SMK Semerah. Taklimat yang telah diadakan di SMK Convent itu telah menjelaskan banyak perkara yang berkaitan dengan PBS Prinsip Perakaunan. Yang penting ingin cikgu tegaskan di sini ialah ikut kehendak soalan dan jangan melanggar arahan tugasan yang telah diberikan. Semua bahan-bahan berkaitan boleh dirujuk dan di download di blog cikgu. Apa yang penting ialah guru mesti memberikan taklimat tentang perkara ini kepada para pelajar dan membimbing mereka dari awal hingga akhir dalam melaksanakan kerja kursus ini. Jangan dibiarkan pelajar terumbang-ambing membuat sendiri. Klik di bawah utk. bahan yang mungkin dapat membantu anda.

lampiran dan item contoh

Latihtubi Pra Percubaan SPM



Ini adalah koleksi soalan-soalan yang mungkin akan keluar semasa Peperiksaan Percubaan SPM yang akan bermula tidak lama lagi. Buatlah latihan ini.Cuba dulu di sini

Thursday, August 5, 2010

Komunikasi yang berkesan

Bagaimana mewujudkan suasana yang kondusif dalam kelas. Komunikasi memainkan peranan yang sangat penting bagi mepastikan proses P&P berjalan dengan lancar. Berikut dalah cara-cara mewujudkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah.

Amalan Komunikasi Berkesan
Ø Bersikap positif / percaya kepada pelajar
Ø Bersifat ramah dan mesra
Ø Hormat terhadap pandangan pelajar
Ø Ketahui latar belakang pelajar
Ø Pendengar yang aktif
Ø Tunjuk mimik muka berseri dan manis
Ø Guna bahasa yang mudah dan difahami
Ø Arahan yang jelas, jitu,ringkas dan dapat difahami oleh pelajar
Ø Bersemangat tinggi dalam pengajaran
Ø Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan
Ø Guna nama pelajar ketika berinteraksi
Ø Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan
Ø Kaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar

Gangguan/Halangan Dalam Komunikasi

Kebisingan
Suasana kelas bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Anggapan umum terhadap guru Lazimnya berlaku pada guru baru kerana pelajar menganggap guru baru kurang berpengalaman.

Emosi guru atau murid
Penumpuan akan terjejas jika emosi guru/ pelajar kurang stabil.

Pemikiran tertutup
Umpamanya, pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan mendengar penjelasan guru atau guru yang kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas, mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka.

Kurang tumpuan
Pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.

Masalah Komunikasi Dalam Bilik Darjah

Kritikan
Pelajar akan mendiamkan diri apabila dikritik.

Melabel pelajar
Pelajar yang dilabel suka mendiamkan diri supaya lebih selamat.

Ancaman
Ancaman boleh menghadkan komunikasi terbuka.

Memberi arahan
Arahan yang memaksa akan menghalang komunikasi dua hala.

Mimik muka
Mimik muka yang serius atau garang akan menyebabkan pelajar takut untuk bercakap.

Kurang perhatian
Kurang perhatian daripada guru menyebabkan pelajar tidak berminat untuk bercakap.

Penyampaian
Guru yang sentiasa bercakap akan menghalang komunikasi dua hala.

Bahasa
Guru menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh pelajar.

Kelajuan
Guru yang bercakap laju akan menyebabkan pelajar sukar untuk faham.

Kurang persediaan
Kekeliruan ketika penyampaian pengajaran menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menerima mesej dengan jelas.

Aktiviti pembelajaran kurang menarik
Minat pelajar untuk belajar akan berkurangan dan cenderung ke arah kebisingan.

Imbangan Duga

Nota dan latihan untuk guru dan para pelajar.

Nota dan latihan
Panduan

Wednesday, August 4, 2010

Team Hoyt - Inspirational Videos



The love of a father towards his son. Really inspires me. Sometimes it brings tears to my eyes.

Watch it and be inspired

Pembubaran Perkongsian

Contoh soalan dan jawapan. Cuba latihan ini.
Pembubaran di sini

Rumusan Urusniaga

Ini adalah rumusan urusniaga yang dapat di jadikan sebagai rujukan bagi menentukan akaun lejar yang perlu dibuka dan catatan yang perlu dibuat. Harap dapat membantu para pelajar.
rumusan bermula di sini

Tuesday, August 3, 2010

MUET TIPS

The tips and tricks to speak well in English is very simple. That is get a English newspaper. Get a free daily TheSun newspaper is already more than enough. Get NST or The Star if you enjoy to read more contents and have a satisfaction reading. Read it everyday, or set a time at least 1 hour a day to read. It can be accumulated 1 hour or more.

Here is some tips of MUET that I can give to you, MUET 2010 students:
1. HIV/AIDS
2. Travel in our country is better than outside.
3. Flu and health- it's precaution, 5W, 1H.
4. ICT and Technology- advantages and disadvantages
5. Nowadays people like to stay overnight, discuss
6. school teachers or tuition teachers/tutors, our child are more dependant to whom?
7. children trafficking
8. new type of drugs- abuse
9. STD
10. 1Malaysia.
11. part time job by students
12. academic and non academic performance, which one is important?
13. education level is important or experience is better to get a job?
14. private universities in Malaysia is overcrowded? discuss
15. organic plants versus farmed plants
16. stress in children nowadays become a big trouble as parents force their child to study to get excellent result.
17. social problems in Malaysia. (baby discarded in trash, smoking etc)
18. Illegal workers/foreign worker in Malaysia are keep increasing in Malaysia. Discuss
19.Environmental Issues In Malaysia
20. Nuclear energy issues, debate, world conferences brings ___ yes/no any conclusion?. pro and contra
21. economic crisis and reforms

Ketawa jangan tak ketawa

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya danmemesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..“Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang adadi sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhiryang kami ada… Maaf ya Encik.”

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.”Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,lelaki gagah tadi dengan wajah marahsambil membawa pisau menghampiri Razak.

“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akanengkau lakukan terhadap ayam itu akan akulakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong jugaperutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkaulakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.”Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut…

Kisah Penebang Kayu

Ini adalah satu cerita yang sangat baik dan boleh dijadikan ikhtibar.

Sebuah cerita tentang seorang penebang kayu yang menebang kayu dengan kapaknya. Setiap hari dia menebang kayu untuk dijual. Setiap pagi dia pergi ke hutan dan pulang menjelang matahari terbenam. Sesampai di rumah dia istirahat untuk menunggu hari esok, saat matahari terbit untuk kembali pergi ke hutan menebang kayu.

Hal tersebut dia lakukan terus menerus tanpa henti. Namun lama kelamaan hasil tebangannya mulai menurun. Lambat tetapi pasti, kayu yang dia bawa pulang berkurang terus dari hari ke hari. Melihat hasil yang berkurang terus menerus, dia memutuskan untuk menambah jam kerjanya. Dia pergi lebih pagi dan pulang lebih lewat.

Awalnya, dengan penambahan jam kerja tersebut, hasil tebangannya sedikit bertambah. Namun setelah beberapa lama berkurang kembali seperti semula, seakan penambahan waktu tidak ada gunanya. Bahkan suatu waktu hasil tebangan yang dilakukan secara lembur hasilnya lebih sedikit dibanding penebangan yang dia lakukan pada saat awal kerjanya sebagai penebang kayu.
Sampai suatu saat dia bertemu dengan seorang penebang kayu lainnya. Penebang kayu yang baru dikenalnya itu menggunakan jenis kapak yang sama dan waktu yang digunakan untuk menebang juga sama. Tetapi hasil yang diperoleh penebang tersebut tidak pernah menurun. Ini membuat dia merasa keheranan, mengapa hasil pengeluarannya menurun sementara temannya tidak?

Akhirnya dia bertanyakan rahsia kepada teman barunya itu, bagaimana agar hasil tebangannya tidak menurun. Temannya menjawab, bahwa rahsianya sangat sederhana, dia rajin mengasah kapaknya agar selalu tajam. Namun penebang itu menjawab bahwa dia tidak punya waktu untuk mengasah kapaknya, dia sibuk untuk mengejar jumlah tebangannya agar dapat mendapatkan wang untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Temannya yang bijak berkata, "Kamu memang menghabiskan beberapa waktu untuk mengasah kapakmu. Tetapi waktu yang kamu gunakan untuk mengasah kapak akan terganti, sebab kamu akan menebang kayu lebih cepat."

Kita pun sama, kita memiliki "kapak" meski dalam bentuk lain yang harus selalu kita asah agar tetap produktif. Tenaga kita, jika digunakan akan berkurang, maka kita harus mengisinya kembali. Termasuk juga dengan iman, sering kali turun, maka kita harus menaikan iman kita kembali. Apakah kita merasa tidak punya waktu?

Study Hard dan Study Smart

Ada satu cerita tentang kisah penebang kayu yang sangat rajin. Penebang Kayu telah berusaha menebang pokok tapi hasilnya tidak seberapa kerana ia terlupa untuk mempertajamkan kapaknya selalu. Maknanya selain bekerja keras penebang pokok juga perlu memastikan yang kapaknya sentiasa tajam selalu.

Study hard itu kalau boleh kita ibaratkan adalah sebagai belajar betul-betul manakala study smart pula boleh diibaratkan sebagai belajar dengan cara yang betul. Kalau kita kembangkan lagi study hard tu boleh juga dipanggil sebagai belajar secara effective dan study smart tu boleh pula dipanggil belajar secara efficient. Mungkin anda masih kurang jelas dengan apa yang ingin saya sampaikan. Kalau kita nak belajar dengan cara yang betul maknanya kita perlukan ilmu dan kalau nak belajar betul-betul kita perlulah mengamalkan ilmu yang kita telah pelajari.
Apa kesimpulan yang anda boleh buat, betul anda perlu menggunakan kedua-dua teknik ini secara seimbang, jika anda hanya belajar betul-betul nanti hasilnya tidak sesempurna mana kerana matlamatnya mesti buat aje. Tapi kalau anda belajar dengan cara yang betul anda bukan saja dapat menyiapkan tugas anda sebagai pelajar tetapi hasil dari usaha anda itu adalah keputusan yang baik. Kalau kita anda ilmu yang betul tetapi semasa beramal tidak menggunakannya, apa akan terjadi, sia-sialah amalan kita. Tapi macam mana pulak kalau kita beramal tanpa ilmu yang betul, lagi harulah jadinya. Jadi jangan lupa carilah ilmu tentang teknik belajar yang betul ini.

Monday, August 2, 2010

Kerja Kursus dan Projek Prinsip Perakaunan SPM


Ini adalah maklumat berkaitan kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM.
Klik di sini