Bagaimana mewujudkan suasana yang kondusif dalam kelas. Komunikasi memainkan peranan yang sangat penting bagi mepastikan proses P&P berjalan dengan lancar. Berikut dalah cara-cara mewujudkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah.
Amalan Komunikasi Berkesan
Ø Bersikap positif / percaya kepada pelajar
Ø Bersifat ramah dan mesra
Ø Hormat terhadap pandangan pelajar
Ø Ketahui latar belakang pelajar
Ø Pendengar yang aktif
Ø Tunjuk mimik muka berseri dan manis
Ø Guna bahasa yang mudah dan difahami
Ø Arahan yang jelas, jitu,ringkas dan dapat difahami oleh pelajar
Ø Bersemangat tinggi dalam pengajaran
Ø Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan
Ø Guna nama pelajar ketika berinteraksi
Ø Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan
Ø Kaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar
Gangguan/Halangan Dalam Komunikasi
Kebisingan
Suasana kelas bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Anggapan umum terhadap guru Lazimnya berlaku pada guru baru kerana pelajar menganggap guru baru kurang berpengalaman.
Emosi guru atau murid
Penumpuan akan terjejas jika emosi guru/ pelajar kurang stabil.
Pemikiran tertutup
Umpamanya, pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan mendengar penjelasan guru atau guru yang kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas, mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka.
Kurang tumpuan
Pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.
Masalah Komunikasi Dalam Bilik Darjah
Kritikan
Pelajar akan mendiamkan diri apabila dikritik.
Melabel pelajar
Pelajar yang dilabel suka mendiamkan diri supaya lebih selamat.
Ancaman
Ancaman boleh menghadkan komunikasi terbuka.
Memberi arahan
Arahan yang memaksa akan menghalang komunikasi dua hala.
Mimik muka
Mimik muka yang serius atau garang akan menyebabkan pelajar takut untuk bercakap.
Kurang perhatian
Kurang perhatian daripada guru menyebabkan pelajar tidak berminat untuk bercakap.
Penyampaian
Guru yang sentiasa bercakap akan menghalang komunikasi dua hala.
Bahasa
Guru menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh pelajar.
Kelajuan
Guru yang bercakap laju akan menyebabkan pelajar sukar untuk faham.
Kurang persediaan
Kekeliruan ketika penyampaian pengajaran menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menerima mesej dengan jelas.
Aktiviti pembelajaran kurang menarik
Minat pelajar untuk belajar akan berkurangan dan cenderung ke arah kebisingan.
No comments:
Post a Comment