Monday, July 22, 2013

PBS Ting 5

Contoh Rumusan

Tugasan projek ini telah dapat disempurnakan dalam tempoh sebulan. semasa pelaksanaan tugasan ini saya telah berupaya menguasai pelbagai kemahiran seperti mengorganisasi, menganalisis, mentaksir,  mengaplikasi  dan merekod urusniaga kedalam Buku catatan Pertama dan akhirnya dapat menyediakan Imbangan Duga dan Penyata Kewangan dengan betul. Saya juga dapat memahami dan menghayati proses kitaran perakaunan yang lengkap untuk satu tempoh perakaunan.

Prinsip-prinsip perakaunan digunapakai dalam menyiapkan projek ini adalah:-

1) Wang sebagai Ukuran: semua urusniaga telah dijalankan dengan menggunakan ringgit malaysia.

2) Sistem Catatan Bergu : setiap urusniaga telah direkodkan dalam 2 akaun yang berasingan

3) Ketekalan : semua kaedah merekodkan perakaunan yang sama telah diamalkan dalam pemyediaan laporan kewangan bagi setiap tempoh perakaunan yang sama.

4) Tempoh perakaunan: hayat perniagaan telah dibahagikan kepada tempoh perakaunan yang sama

5) Usaha beerterusan: perniagaan telah beroperasi bagi satu jangkamasa yang tidak terbatas.

No comments:

Post a Comment