Thursday, April 29, 2010

Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2011


Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan mulai 2011
Kertas 1Soalan Objektif 40 soalan
Masa 1 jam 15 minit
40 markah
20 %

Kertas 2
Subjektif
3 soalan Bahagian A (wajib )- 60 markah
3 soalan bahagian B (pilih 2) – 40 markah
Masa 2jam 30 minit
100markah
60%

Kertas 3
Tugasan projek
Tugasan 1 –ketika Tingkatan 4 ( Ogos- September)
Tugasan 2 – ketika Tingkatan 5 (April – Mei)
140 markah
20%
Ini adalah format pentaksiran yang terkini. Bagaimanapun ia hanya berkuatkuasa pada tahun 2011. Isi kandungan tugasan akan diberikan sedikit masa lagi.

Tips utk Peperiksaan MUET

Ini adalah tips yang boleh membantu anda utk mengahdapi pepriksaan MUET.
Sila klik di bawah:
clicck here to find out

Idioms and Expressions

Ini adalah bahan yang sangat berguna kepada para pelajar untuk memantapkan persembahan anda ketika Ujian MUET Speaking. Harap dapat diamalkan dan dapat membantu anda.

Sila klik di bawah.
click here to find out

Ceramah Teknik Belajar Prinsip Perakaunan

Ini adalah bahan yang telah digunakan oleh cikgu semasa ceramah yang telah diadakan pada 28 April 2010. Sila klik jika berminat. Harap dapat membantu.

sila klik di sini

Saturday, April 24, 2010

Peperiksaan MUET

Cikgu ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan MUET pada hari Sabtu ini. Semoga apa yang telah diajar kepada kamu semua akan menjadi semangat dan inspirasi untuk kamu menjawab dengan baik. Ingat segala pesanan yang telah disampaikan oleh cikgu kepada kamu. Hanya keyakinan dan ilmu yang dapat memastikan kecemerlangan kamu. Good luck and all the best.

Monday, April 5, 2010

Analisis Prinsip Perakaunan SPM 2009

ANALISIS DAN GRED PURATA
PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2009 PERINGKAT NASIONAL
(Calon sekolah bantuan kerajaan)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A+ = 6.7 % – Cemerlang Tertinggi
A = 12.7 % – Cemerlang Tinggi
A- = 6.4 % – Cemerlang
B+ = 7.0 % – Kepujian Tertinggi
B = 7.7 % – Kepujian Tinggi
C+ = 9.6 % – Kepujian Atas
C = 8.9 % – Kepujian
D = 11.4 % – Lulus Atas
E = 10.4 % – Lulus

LULUS = 81.0 %GAGAL = 19.0%Jumlah Calon = 85,382 orangGred Purata MP = 5.14

Ihsan: Cikgu Narzuki

Sunday, April 4, 2010

Pengkebumian Allaharyam Din Beramboi






Dunia komedi telah kehilangan sebutir mutiara yang tidak ternilai. Pemergian mengejut Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Meor Ahmad Fuad merupakan satu perkara yang amat memeranjatkan dunia hiburan khususnya dunia komedi. Walaupun tidak mengenali allahyarham secara peribadi tapi saya amat meminati lawak jenakanya. Saya merasa teramat sedih dengan pemergiannya dan akan sentiasa merindui lawak jenakanya terutamanya di radio Era setiap pagi. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas kalangan orang yang beriman.