Wednesday, June 27, 2012

9 Mimpi Rasulullah S.A.W


ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

 DARIPADA ABDUL RAHMAN BIN SAMURAH RA BERKATA, NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA:
 ”SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENGALAMI MIMPI-MIMPI YANG MENAKJUBKAN PADA MALAM AKU SEBELUM DI ISRAQKAN……..”
1. AKU TELAH MELIHAT SEORANG DARI UMATKU TELAH DI DATANGi OLEH MALAIKATUL MAUT DENGAN KEADAAN YG AMAT MENGERUNKAN UNTUK MENGAMBIL NYAWANYA, MAKA MALAIKAT ITU TERHALANG PERBUATANNYA ITU DISEBABKAN OLEH KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. AKU MELIHAT SEORANG DARI UMATKU TELAH DISEDIAKAN AZAB KUBUR YANG AMAT MENYIKSAKAN, DISELAMATKAN OLEH BERKAT WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. AKU MELIHAT SEORANG DARI UMATKU SEDANG DIKERUMUNI OLEH SYAITAN-SYAITAN DAN IBLIS-IBLIS LAKHNATULLAH, MAKA IA DISELAMATKAN DENGAN BERKAT ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH.
4. AKU MELIHAT BAGAIMANA UMATKU DISERET DENGAN RANTAI YANG DIPERBUAT DARIPADA API NERAKA JAHANAM YANG DIMASUKKAN DARI MULUT DAN DIKELUARKAN RANTAI TERSEBUT KE DUBURNYA OLEH MALAIKUT AHZAB, TETAPI SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK TELAH MELEPASKANNYA DARI SEKSAAN ITU.
5. AKU MELIHAT UMATKU DITIMPA DAHAGA YANG AMAT BERAT, SETIAP KALI DIA MENDATANGI SATU TELAGA DI HALANG DARI MEMINUMNYA,KETIKA ITU DATANGLAH PAHALA PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT MEMBERI MINUM HINGGA IA MERASA PUAS.
6. AKU MELIHAT UMATKU CUBA UNTUK MENDEKATI KUMPULAN PARA NABI YANG SEDANG DUDUK BERKUMPULAN-KUMPULAN, SETIAP KALI DIA DATANG DIA AKAN DIUSIR, MAKA MENJELMALAH MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA SAMBIL KE KUMPULANKU SERAYA DUDUK DISEBELAHKU.
7. AKU MELIHAT SEORANG DARI UMATKU BERADA DI DALAM KEADAN GELAP GELITA DI SEKELILINGNYA, SEDANGKAN DIA SENDIRI DI DALAM KEADAAN BINGGUNG, MAKA DATANGLAH PAHALA HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT LALU MENGELUARKANNYA DARI KEGELAPAN KEPADA TEMPAT YANG TERANG – BENDERANG.
8. AKU MEL IHAT UMATKU CUBA BERBICARA DENGAN GOLONGAN ORANG MUKMIN TETAPI MEREKA TIDAKPUN MEMBALAS BICARANYA MAKA MENJELMALAH SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU LALU MENYERU KEPADA MEREKA AGAR MENYAMBUT BICARANYA, LALU BERBICARA MEREKA DENGANNYA.
9. AKU MELIHAT UMATKU SEDANG MENEPIS-NEPIS PERCIKAN API KE MUKANYA, MAKA SEGERALAH MENJELMA PAHALA SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT LALU MENABIR MUKA DAN KEPALANYA DARI BAHAYA API TERSEBUT.
BERSABDA RASULULLAH SAW: ” SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT “

Doa Rasulullah SAW




Doa-Doa Rasulullah saw Sebelum Salam..




Apakah doa yang anda baca sebelum memberi salam dalam solat?Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu?

Sekiranya anda tidak pernah mengamalkannya maka anda tersangat rugi kerana waktu itu merupakan waktu doa yang mustajab dan merupakan amalan Nabi saw sepanjang hidupnya. Sangat banyak doa-doa yang dibaca oleh baginda saw selepas tasyahhud dan sebelum salam. Berikut adalah doa-doa tersebut yang saya amalkan.

1.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.[Imam Muslim]

2.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.[Imam al-Bukhari]

3. “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.[Imam al-Bukhari]

Saturday, June 23, 2012

Teknik 4 Warna

Penyata Penyesuaian Bank
Terima kasih Cikgu Rosli.

Inovasi dalam P&P Prinsip Perakaunan

Terima lasih kepada Cikgu Rosli bin Hamid di atas kreativiti cikgu. Harap boleh dicuba dalam P&P para guru.
Teknik 4 Warna KELAB DAN PERSATUAN

Cara Rasulullah S.A.W Melayan Isteri Dan Ahlinya



PDF
Mahabbah dalam rumah tangga amat penting bagi menjamin hubungan cinta yang diredhai antara suami dan isteri. Disini saya nukilkan beberapa kisah menarik dan contoh teladan insan agung yang ditunjukkan dalam kehidupan Baginda S.A.W :

1) Bilamana ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga’.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu... Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Humaira?' (Humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'
6) Pernah baginda bersabda, 'Sebaik-baik antara kamu adalah yang paling baik kasih sayang dan lemah lembut terhadap ahlinya(isteri dan keluarga).' Prihatin, sabar dan tawadhu’nya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar… Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke-tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
 Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.
Mudah-mudahan kita mengambil manfaat dari contoh yang ditunjukkan baginda. Sayangilah orang-orang  yang Allah redhai.

Dikongsi bersama oleh : 
Fatin Khair dari Rahsia Perkahwinan

Sihat cara Rasulullah SAW


Peristiwa Israk Mikraj


Wednesday, June 20, 2012

Tuesday, June 19, 2012

7 Jenis mayat dalam kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada 
Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
 

Bacaan dalam Solat


5 Ujian Allah


1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.


وما أخذ منك إلا ليعطيك

2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.
وما أبكاك إلا ليضحكك

3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.
وما حرمك إلا ليتفضل عليك

4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.
وما ابتلاك إلا لأنه يحبك

5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.

Fikir-fikirkanlah.

Monday, June 18, 2012

Thursday, June 14, 2012

Kata Saidina Ali


BERSEDEKAH AMALAN MULIA

Assalamualaikum

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : “Setiap yang baik itu sedekah.”

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. Sedekah bukannya dikira berdasarkan nilai wang semata-mata, bahkan skopnya lebih luas.

Setiap kata-kata yang baik dikira sedekah.

Setiap langkah menuju solat itu sedekah.

Hatta senyuman itu juga diambil kira sebagai sedekah.

Nah, terbuka luas jalan untuk kita melakukan sedekah.

Pendek kata, segala amalan kebaikan yang kita buat, ganjaran pahalanya sangat besar.

Ketika solat, kebanyakan orang akan memakai songkok atau kopiah. Ada segelintir yang tak memakainya. Pemakaian songkok atau kopiah pun dikira sebagai perkara ma'ruf jika dilakukan. Terkadang kita selalu memandang remeh akan hal ini. Solat tanpa kopiah atau songkok pun dikira sah. Namun, lagilah cantik kalau kita sempurnakan zahir kita dengan amalan ma'ruf ini agar kita mendapat ganjaran sedekah yang dijanjikan.

Selain itu, mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut. Ini juga dikira sebagai yang ma'ruf. Nampak memang sangat mudah. Mulakan kaki kanan dahulu ketika memakai kasut. Apabila nak menanggalkan kasut pula, keluarkan kaki kiri dahulu. Sebabnya ? Supaya kaki kanan berada lagi lama di dalam kasut berbanding kaki kiri. Ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada kaki kanan. Persoalannya, pernahkah kita fikirkan ini semua dan melakukannya ?

Bahkan masuk ke masjid dengan kaki kanan dahulu disertai doa masuk masjid, juga antara adab yang harus menjadi amalan yang boleh menambah sedekah kita.

Kalau difikir-fikirkan, segala aktiviti harian dalam hidup ini, semuanya dikira sebagai sedekah sekiranya kena cara dan aturannya.

Boleh jadi, sekecil-kecil amalan yang kita buat, dipandang tinggi oleh Allah. Kita fikir benda tu nampaknya kecil dan remeh. Tapi di sisi Allah, siapa yang tahu. Kita pun tak dapat menilai amalan manakah yang kita buat, yang diterima oleh Allah.

Kerana setiap yang baik itu, dianggap satu bentuk sedekah yang ternyata sangat menguntungkan kita jika diamalkan. Sekecil-kecil amalan itu, mungkin sebesar-sebesarnya di sisi Allah.

Jadi, janganlah kita memandang mudah pada segala bentuk amalan yang baik itu. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, berlumbalah melakukan amal kebaikan. InsyaAllah ada sahamnya di akhirat kelak...





KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW


Di bawah, ada beberapa maksud hadis yang berkaitan keistimewaan Nabi Muhammad saw.

1. Rasulullah saw penghulu manusia
Maksud hadis : "Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda : " Akulah penghulu manusia pada hari kiamat. "(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Nabi saw mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah swt. Ia juga merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda saw.

2. Rasulullah saw sebagai rahmat
Maksud hadis : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda, " Sesungguhnya aku diutus sebagai rahmat. " (Riwayat Muslim)

3. Pendidik insan berakhlak mulia
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda, " Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad)

4. Keistimewaan pada penyampaian Rasulullah
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda , " Aku diutuskan dengan perkataan-perkataan yang ringkas dan padat.(Riwat Al-Bukhari & Muslim)

Keterangan : " Perkataan-perkataan yang ringkas dan padat ", iaitu Al-Quran dan hadis Nabi saw, kerana ia mengandungi lafaz-lafaz yang ringkas dan makna yang banyak.

5. Nabi saw mendahului ummatnya
Ertinya : Daripada Jundub bin Sufyan r.a, Nabi saw bersabda: " aku mendahului kamu tiba ke kolam di syurga." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Keterangan : " Aku mendahului": Menyediakan dan memberikan apa yang kamu perlukan.

6. Jaminan kemenangan
Ertinya : Daripada Thauban r.a, Nabi saw bersabda: " Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku sehingga aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan meliputi keluasan bumi yang dihimpunkan kepadaku." (Riwayat Muslim)

7. Kesedaran untuk beramal
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda : "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis."
(Riwayat Al-Bukhari)

Keterangan : - Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati dan keadaan di dalam kubur dan hari kiamat.
- Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah.

8. Bumi sebagai masjid
Ertinya: Daripada Jabir r.a, Nabi saw bersabda: "Dijadikan untukku bumi sebagai masjid
(tempat sujud) yang suci." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Keterangan: Al-Khottobi mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad saw diharuskan sembahyang hanya di tempat tertentu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat pertapaan.

9. Kesempurnaan syafaat Rasulullah saw
Ertinya : Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi saw bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Keterangan : - Maksud hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad saw, tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan di dunia.

- Hadis ini menerangkan kesempurnaan syafaat Nabi saw dan belas kasihan baginda terhadap umatnya. Baginda mengambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat itu.

10. Pelbagai golongan mendapat syafaat
Maksudnya : Daripada Anas r.a, Nabi saw bersabda: " Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang melakukan dosa besar." (Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Keterangan : Syafaat Rasululllah saw untuk orang yang melakukan dosa besar ialah dengan menyelamatkan mereka daripada kebinasaan. Manakala syafaat baginda untuk orang yang melakukan ketaatan ialah dengan menaikkan darjat mereka.

11) Kelebihan selawat
Maksudnya: Daripada Abu HUrairahr.a, Nabi saw bersabda: " Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali." (Riwayat Muslim)

Keterangan : "Allah berselawat" : Rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah swt.

12) Orang yang tidak berselawat dianggap bakhil
Maksudnya : Daripada Ali bin Abu Talib r.a, Nabi saw bersabda : " Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku." (Riwayat al-Tirmizi)

Keterangan
- Orang berkenaan disifatkan sebagai bakhil kerana menghalang diri sendiri daripada selawat Allah swt untuknya jika ia berselawat sekali.
- Sebahagian ulamak mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama baginda. Menurut pandangan yang lain, wajib sekali selawat dalam satu selawat dalam satu majlis yang disebut nama baginda. Manakala ketika disebut nama baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah sunat.

13) Ucapan salam untuk Rasulullah
Ertinya : Daripada Abdullah bin Mas'ud al-Ansori ra, Nabi saw bersabda,"Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar di muka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku." (Riwayat al-Nasa'i & Ibn Hibban


JUBAH RASULULLAH DAN PUTERINYA


Buku Soalan Trial 2011 Kertas 1

Terima kasih kepada Cikgu Mhd Hamdee Azlan  dari SMK Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah.
Klik di sini

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Ini adalah soalan Tingkatan 4.
Soalan
Skema Jawapan