Saturday, September 3, 2011

Doa buat Ayahanda tercinta

Pada hari raya yang ketiga ayahanda cikgu telah dimasukkan ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kerana lemah badan yang amat ketara. Setelah diperiksa oleh doktor-doktor ayahanda cikgu disahkan mengalami kekurangan gula dan garam di dalam badan. Walaupun ayahnda cikgu tidak begitu sihat untuk berpuasa tetapi tetap diteruskan juga. Ini mengakibatkan kekurangan bahan-bahan tersebut di dalam badan kerana ayahanda cikgu begitu tidak berselera untuk makan apabila berbuka. Sekadar sesuap nasi dan seteguk air sahaja. Pada jam lebih kurang 2 pagi ayahanda cikgu diserang stroke dan terus koma sehingga hari ini. Hari ini dah masuk 2 hari ayahanda cikgu koma. Cikgu merasa amat sedih dengan insiden tetapi percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Kepada pengunjung blog cikgu tolonglah sama-sama doakan agar ayahanda cikgu sihat seperti biasa.

No comments:

Post a Comment