Sunday, June 13, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah

Cikgu baru saja pulang dari Telok Gorek Resort di Mersing. Ada perkhemahan perdana di sana. Banyak aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya Jungle Tracking, Pertandingan Bola Sepak, Persembahan Kebudayaan dan banyak lagi. Para peserta yang menghadiri aktiviti tersebut sangat teruja dengan keindahan pantai dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Cikgu juga tidak terkecuali daripada melibatkan dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Cikgu juga turut bercuti bersama isteri dan anak-anak. Walaupun badan rasa penat tetapi rasa amat berbaloi.

No comments:

Post a Comment