Friday, April 27, 2012
Fadilat Surah Fatihah
Sesiapa yang mengekalkan mambaca AlFathihah diantara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, makan fazilatnya ialah:
· Meminta pangkat melainkan dapat.
· Ia miskin melainkan kaya.
· Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
· Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
· Ia lemah malainkan dikuatkan Allah.
· Ia berdagang di negeri orang,melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.
Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:
“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa bayak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.”
“Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut.”
“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dang penyakitnya berkurangan.”
Begitulah Fazilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fatihah keatas seorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat
AIR FATIHAH
Ibnu Abas r.a mennyatakan ,Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallh melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudain air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuh lah penyakitnya.
Demikinalah, sesiapa sehaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan serapah ini:
Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindugkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.
Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaallah akan afiat.
MELEPASKAN DIRI DARI BELENGGU ATAU TERIKAT
Apabila sesaorang itu terikat atau terbelunggu, hendaklah dibacakan Fathihah 121 kali, kemudian dihembuskan keatas ikatan atau belenggu itu.
Insyaallah akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah terlepas.
FATIHAH SEBAGAI PENDINDING SEMASA TIDOR
Sesiapa membaca Fathihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidor,kemudian ia membaca
· Qulhuallah 3 kali,
· surah alFalaq sekali
· surah anNas sekali
terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari hantu syaitan dan segala makhluk yang akan merasuksemasa tidor.
FATIHAH SEBAGAI PENERANG HATI
Jika dibacakan Fatihah:
· 70 kali sehari
· selama 7 hari
pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati.
Insyaallah akan dibukakan allah pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.
FATIHAH UNTUK SAMPAI HAJAT
Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:
"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut."
Setelah itu bermohonlah ia kepada tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makhbulkan.
WIRID FATHIHAH
Sesiapa yang membaca alFathihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali akan:
· Dimurahkan allah rezkinya
· Diperbaikki hal ehwalnya.
· Dibersihkan hatinya.
· Diangkat darjatnya.
· Dimudahkan pekerjaannya.
· Dilepaskan ia daripada dukacita
· Dijauhkan dari mudharat.
· Diberi ia kerajinan dan semangat.
· Tidak keciwa.
· Dijauh dari asutan syaitan.
· Di ilham kepadanya kebajikan
FATIHAH - Untuk kembalikan pangkat.
Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardhunya selama 40 hari.
Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.
Insayallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.
FATIHAH UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fathihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini:
Hendaklah membaca Fathihah sebanyak 41 kali selam 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya.
Masanya ialah diantara Sunat Subih dan Fardhu Subuh.
Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang salleh lagi baik.
FATIHAH DI ATAS KAPAS
Sesiapa membaca Fathihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sehaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah
FATIHAH UNTUK BERESKAN PEKERJAAN
Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fathihah di tengah malam sebanyak 41 kali.
Insyaallah dimudahkan allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin allah semuanya beres.
FATIHAH PENGHILANG DAHAGA
Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fathihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya.
Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.
Fatihah - Mengubat Sakit Telinga
Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fathihah dalam satu bekas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan kedalam telinga, insayaallah afiat.

Fatihah- Minyak Fatihah
Jika di bacakan 70 kali Fathihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insyaallah afiat apabila di gosokkan.
Fatihah Sebagai Penawar
Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masuk kan sebutir garam jantan ( besar ) dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali.
Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya.
Thursday, April 26, 2012
Tuesday, April 24, 2012
Kisah Rabiatul Adawiyah
RABIATUL ADAWIYAH – WALI ALLAH
Rabiatul
Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah.
Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun
sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah,
akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula
pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan
sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi
terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya
dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul
Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya
meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan
mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik
hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia
terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada
raja dan tetamu raja.
Suatu hari
timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana
kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu
Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk
bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja
yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala
jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia
sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja.
Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu
menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik,
kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan
biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya.
Pada suatu malam
raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul
Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian
serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk
melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan
Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis
tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja.
Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa
daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja
sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan
penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang
menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri
terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ.
Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam
rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan.
Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh
Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul
Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah
terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan
jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh
pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia
inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki
yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang
sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah
pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah
harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana
ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah
meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah
jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira
kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah.
Pada suatu hari
ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat
harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya
kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang
ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak
berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah
untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul
Adawiyah pergi menemui Kekasihnya.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
[Surah al-A'raf, ayat 201]
Sejarah Solat
SEJARAH
SOLAT 5 WAKTU
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi
terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan
kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah
diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan
kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat
tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut
diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

iv)
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Tuesday, April 17, 2012
Monday, April 16, 2012
Daya Ingatan kuat
10 perkara yang boleh anda lakukan untuk menjaga daya ingatan anda
agar tetap dalam keadaan baik.
Kacang Soya
Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau
sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus
iaitu kawasan penting untuk memori
Zat Besi
Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada
tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting
dalam mengubah isyarat dalam otak
Kopi
Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu
merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga,
ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa
orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg
signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein
Latihan Mental
Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan
meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan
cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan
latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle,
teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.
Latihan Fizikal
Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam
seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau
senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih
efektif.
Mengunyah Gula-Gula Getah
Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam
hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula
getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa
mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga
mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.
Ginkgo Biloba
Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak
beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki
sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan
bekalan oksigen.
Minyak Ikan
Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen
penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.
Rosemary Dan Sage
Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan
kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.
Vitamin B
Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan
perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan
daya ingatan.
Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk
memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk
kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu
tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk
daya ingatan.
(sumber:www.jomlayan.com)
Kerja kursus Tingkatan 5 2012
Cikgu telah menyiapkan semua lejar yang berkaitan . Jumlah Imbangan Duga adalah RM 387 815. Pelajar yang tidak mendapat angka imbangan tersebut bolehlah merujuk kepada cikgu.
Thursday, April 12, 2012
Monday, April 9, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)