Wednesday, January 29, 2014
Monday, January 13, 2014
Biodata Rasulullah SAW
Biodata Nabi Muhammad S.A.W :
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Tarikh Lahir Nabi: 12 Rabiulawal Tahun Gajah
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah:
Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Tarikh Lahir Nabi: 12 Rabiulawal Tahun Gajah
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah:
· Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]
Pengalaman bekerja Rasulullah:
· Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
· Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
· Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
· Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
· Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
· Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
· Berkata benar (siddiq)
· Boleh dipercayai (amanah)
· Penyampai ajaran Islam (tabliq)
· Bijaksana (fatanah)
Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
· Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
· Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
· Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
· Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
· Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
· Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
· Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
· Pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
· Berusia 40 tahun.
Kronologi Nabi Muhammad SAW
1. Tahun 583 Masihi, Perjalanan pertama ke negeri Syam.
Pada usia Nabi 12 tahun bapa saudaranya Abu Talib telah membawanya bersama-sama ke negeri Syam ( Syria ) ketika mereka sampai ke tempat yang bernama Basra mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama “Buhaira”, seorang yang bijak mengenai kitab injil dan agama Nasrani (Kristian). Beliau memerhatikan Nabi Muhammad dan bertanya kepada Abu Talib adakah budak yang bersama kamu adalah anakmu, maka jawab Abu Talib dia adalah anakku. Oleh kerana Abu Talib terlalu menyayangi Nabi Muhammad maka beliau telah mengakui Nabi adalah anaknya. Lalu tertanya Buhaira lagi, mustahil ini adalah anak kamu sedangkan bapanya telah wafat, lalu barulah Abu Talib mengakui bahawa Nabi Muhammad bukan anak nya tetapi adalah anak saudaranya dan memberitahu bahawa Nabi adalah seorang yatin piatu, paderi itu menambah, memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala-galanya tercatat dalam injil dan disini ingin saya member nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang sebab kalaulah ternampak oleh puak-puak orang yahudi mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini di masa hadapan nanti akan membawa suatu khabar yang besar dan agung, maka Abu Talib pun segera pulang ke Mekah bersama dengan Rasulullah s.a.w.
2. Tahun 595 Masihi, Bertemu dan menikah dengan Khadijah
Mengikut apa yang diceritakan oleh Ibnu Athir dan Ibnu Hisyam bahawa Khadijah adalah seorang saudagar yang mahsyur pada masa itu, ramai orang-orang arab di masa itu meminjam sebahagian daripada hartanya itu sebagai modal perniagaan mereka. Apabila khadijah mendengar khabar tentang Nabi Muhammad yang mulia dan akhlaq yang terpuji itu kemudian dia terus mempelawa Nabi Muhammad supaya menjalankan usaha perniagaan dengan hartanya dan sanggup memberi untung lebih dari apa yang pernah diberikan oleh orang lain. Dalam usaha menjalankan urusan perniagaan barangan Khadijah itu, baginda diiringi oelh seorang budak suruhan Khadijah yang bernama Maisarah. Tawaran itu telah diterima oleh Nabi dengan rela hati dan ikhlas. Baginda terus belayar bersama budak suruhan yang bernama Maisarah itu ke negeri Syam. Dalam perniagaan itu, baginda telah mendapat untung yang banyak dana berlipat ganda. Apabila baginda pulang menemui Khadijah dengan keuntungan yang diperolehi, baginda terus menyerahkan hasil keuntungan tersebut kepada Khadijah. Semasa di Syam, Maisarah telah melihat dengan mata kepalanya sendiri dan tertawa dengan budi pekerti baginda Nabi Muhammad yang mulia dan segala-galanya itu terus diceritakan kepada Khadijah. Khadijah sungguh tertawa dengan sifat amanah dan budi pekertinya yang tinggi dan lebih menghairankan lagi ialah kelabaan dan kelebihan yang diperolehinya dengan berkat baginda. Dengan perantaraan Nafsiah binti Manbah, Khadijah telah menawarkan dirinya kepada Nabi Muhammad untuk menjadi teman hidupnya yang halal. Tawarannya tadi telah disambut baik oleh Muhammad dan dengan tidak membuang masa, baginda terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya Amru bin Asad. Maka perkahwinan pun dilangsungkan dengan selamatnya. Pada semasa itu, baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.
3. Tahun 610 Masihi,Wahyu pertama turun: Makkah
Daripad Aisyah Ummil Mu’minin dikhabarkan bahawa ia telah berkata : Permulaan wahyu yang dimulakan kepada Rasulullah ialah mimpi yang baik lagi benar di dalam tidur, maka tiadalah junjungan bermimpi satu mimpi melainkan datangnya mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan kepadanya berkhalwat berasing diri. Junjungan berkhalwat di Gua Hira’ dan beribadat didalamnya, iaitu beribadat di dalam masa beberapa malam. Malam itu ialah suatu malam di dalam bulan Ramadhan, bertepatan pula pada malam Lailatul Qadar. Ketika baginda sedang baring terdengar satu suara menggema datangnya yang mengatakan ‘Iqra’ lalu jawab Nabi Muhammad aku tidak boleh membaca, kemudian baginda merasakan seperti orang mendakapnya, hampir sahaja baginda lemas dalam dakapan dan kedengaran sekali lagi suara tersebut sehingga tiga kali diulangkan perkataan tersebut. Lalu Malaikat yang diperintahkan Allah untuk memimpin Muhammad terus membaca ayat Iqra tersebut.
4. Tahun 610 Masihi, Ditunjuk sebagai Nabi: Makkah
Sekembalinya Nabi Muhammad dari Gua Hira’ dalam keadaan ketakutan dan menggigil, baginda meminta isterinya Khadijah untuk menyelimutkannya, lalu baginda menceritakan apa yang berlaku terhadapnya. Semasa baginda sedang berehat, Khadijah pergi kerumah Waraqah bin Naufal, iaitu anak bapa saudaranya untuk menceritakan apa yang berlaku kepada suaminya. Waraqah adalah seorang yang alim dan mempelajari Taurat dan Injil, lalu katanya setelah diceritakan oleh Khadijah yang dating pada Nabi Muhammad adalah Malaikat Jibril dan sesungguhnya suamimu adalah seorang nabi.
5. Tahun 613 masihi, Memulai menyebarkan Islam kepada umum: Makkah
Pada tahun ini, Nabi Muhammad telah memulakan tugas yang dipertanggunjawabkan kepadanya iaitu berdakwah secara sulit. Ia dijalankan secara sulit agar kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya kerana mereka fanatik dengan penyembahan berhala.
6. Tahun 614 Masihi, Mendapatkan Pengikut:
Setelah usaha dakwah dilakukan secara sulit, maka terhasillah pengikut-pengikut nabi yang menerima seruan yang disampaikan Nabi Muhammad,antara orang yang terawal menerima seruan nabi ialah :
• Sayyidatian Khadijah
• Ali bin Abi Talib
• Zaid bin Harithah
• Abu Bakar bin Quhafah
• Uthman bin Affan
• Al-Zubir bin Awwam
• Abdul Rahman Auf
• Saad bin Waqqas
7. Tahun 615 Masihi, Hijrah pertama ke Habsyah
Setelah Rasulullah sendiri melihat penyeksaan demi penyelsaan yang dilakukan oleh pihak Quraisy terhadap orang-orang Islam, baginda sendiri tidak dapat melindungi mereka. Baginda sendiri mengemukalan cadangan agar mereka berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) kerana raja negara tersebut tidak kejam dan zalim. Antara mereka yang turut dalam penghijrahan tersebut ialah Uthman bin Affan dan isterinya Ruqaiyah putrid Rasulullah, Abu Huzaifah berserta isterinya, Al-Zubir bin Al-Awwam.
Setelah Rasulullah sendiri melihat penyeksaan demi penyelsaan yang dilakukan oleh pihak Quraisy terhadap orang-orang Islam, baginda sendiri tidak dapat melindungi mereka. Baginda sendiri mengemukalan cadangan agar mereka berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) kerana raja negara tersebut tidak kejam dan zalim. Antara mereka yang turut dalam penghijrahan tersebut ialah Uthman bin Affan dan isterinya Ruqaiyah putrid Rasulullah, Abu Huzaifah berserta isterinya, Al-Zubir bin Al-Awwam.
8. Tahun 621 Masihi Bai’at Aqabah pertama
Islam mula berkembang di Madinah sekitar tahun ini, sekumpulan orang Ansar seramai 12 orang lelaki bertemu di Al-Aqabah. Pertemuan ini dikenali sebagai Al-Aqabah Al-Ula atau Aqabah pertama. Perjanjian dimeterai seperti perjanjian wanita iaitu perjanjian yang tidak melibatkan soal peperangan dan jihad. Antara mereka ialah :
• As’ad bin Zurarah
• Rafia’ bin Malik
• Ubadah bin Al-Samit
• Abu Al-Haitham bin Al-Tihan
9. Tahun 622 Masihi Bai’at Aqabah kedua
Menurut Muhammad bin Ishak yang diriwayahkan dari Kaab bin Malik katanya : kami telah berjanji dengan Rasulullah untuk bertemu di Al-Aqabah pada hari Tasriy. Selepas selesai kami mengerjakan Haji dan tepat pada malam yang telah kami janjikan itu, kami pun tidur bersama-sama keluarga dan barang-barang kami. Apabila sampai sepertiga malam kami pun keluar dari kediaman menuju ke tempat yang dijanjikan untuk menemui Rasulullah. Keluar dengan perlahan-lahan bersembunyi seperti burung qata sehingga kami bertemu kesemua berjumlah 70 orang lelaki dan 2 orang perempuan keluarga kami iaitu Nasibah binti Kaab dan Asma’ binti Amru bin Adiy.
10. Tahun 622 Masihi, Hijrah ke Madinah (Awal hijrah )
Sokongan dan pertolongan yang diberikan penduduk Yathrib merupakan tamparan hebat yang cukup memalukan para pemimpin Quraisy di Mekah. Kejadian ini membuat mereka semakin menganiaya kaum muslimin yang berada di Mekah. Para sahabat yang semakin tidak tahan menanggung seksaan itu dating brtemu Nabi meminta izin untuk berhijrah. Akhirnya setelah berfikir beberapa hari, nabi menyuruh mereka berhijrah ke Yathrib berperingkat-peringkat.
11. Tahun 624 Masihi, Pertempuran Badar
Pada 17 ramadhan tahun ke-2 hijrah telah tercetusnya peperangan badar yang berpunca dari sekatan yang dilakukan Nabi Muhammad ke atas rombongan Quraisy yang besar menuju ke Syam untuk mengambil kembali harta rampasan yang telah diambil oleh pihak Quraisy dari orang muslimin di Mekah. Ketua dagangan Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufian membawa 950 orang tentera, 100 ekor kuda dan 700 ekor unta untuk menghadapi Nabi . Dengan kekuatan seramai 313 orang dari pihak muslimin maka peperangan tercetus di lembah Badar. Kemenangan berpihak kepada tentera muslimin.
12. Tahun 625 Masihi, Pertempuran Uhud
Apa yang menimpa Quraisy semasa di Badar sangat dirasai hingga kini, lalu dengan harta yang berbaki dengan mereka, mereka golongan Quraisy telah bertekada untuk menyusun tentera bagi memerangi tentera islam, pihak Quraisy dapat mengumpul orang-orangnya seramai 3000 orang yang turut disertai oleh Al-Ahabisy iaitu sekutu kepada bani Al-Mustholiq dan bani al-Hun bin Khazimah. Nabi Muhammad mendapat berita tentang kemaraan tetera musyrikin melalui surat yang dihantar oleh bapa saudaranya Al-Abbas bin Mutalib, kemudian Nabi Muhammd bersiap siaga mengumpul bala tentera pihak muslimin. Dengan takdir Allah kaum muslimin hampir kalah dalam pertempuran uhud ini kerana tidak mengikut arahan yang dikeluarkan nabi kepada tentera berpanah yang duduk diatas bukit uhud dari turun mengambil harta ghanimah yang ditinggalkan.
13. Tahun 627 Masihi,Pertempuran Khandak-Ahzab
Islam telah berkembang pesat di Madinah. Dengan perkembangan Islam itu, penduduk Madinah menjadi lebih kuat. Kaum Yahudi tidak senang duduk dan mereka bercadang untuk membunuh nabi. Mereka menyusun langkah bertemu dengan pimpinan Quraisy di Mekah. Oleh itu, Quraisy dan pengikut-pengikutnya telah membuat persiapan. Mereka diketuai oleh Abu Sufian membawa panji-panji dan bilangan mereka ialah 4000 orang, 300 ekor kuda dan 1500 ekor unta. Mereka juga dibantu oleh bani-bani lain yang jumlah bilangan mereka ialah 10000 berbanding dengan tentera muslimin yang hanya sekitar 3000 orang sahaja. Tetapi dengan strategik yang disusun oleh nabi sebagai contoh menggali parit di sekitar Madinah membuahkan kejayaaan kepada tentera muslimin dalam peperangan tersebut.
14. Tahun 628 Masihi, Perjanjian Hudaybiyah
Renteten dari peperanga yang dilalui oleh kaum Quraisy mereka merasa takut dan menghantar Suhail bin Amru untuk berbincang mengenai perjanjian damai, maka termetrailah satu perjanjian damai yang dipanggil perjanjian Hudaibiyyah, antara isi perjanjian tersebut ialah :
• Gencatan senjata di antara Quraisy dan Muslimin selama 10 tahun
• Orang Quraisy yang pergi mendapatkan orang islam hendaklah dikembalikan, dan orang islam yang pergi mendapatkan orang Quraisy tidak perlu dikembalikan
• Nabi tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun ini melainkan tahun hadapan
• Sesiapa orang Quraisy yang ingin bergabung dengan nabi dibolehkan
15. Tahun, 628 masihi pertempuran khaybar
Pada tahun ini, Nabi Muhammad mengarahkan muslimin supaya bersedia untuk menyerang orang Yahudi yang tinggal di Khaibar. Nabi Muhammad keluar menuju ke Khaibar setelah melantik Siba’ bin Urfuthoh al-Ghifari sebagai penggantinya di Madinah. Isteri baginda yang turut menyertai peperangan ini ialah Ummu Salamah. Nabi Muhammad yang melantik Ali bin Abu Talib mengepalai tetera muslimin berjaya mencapai kemenangan dan menawan kubu kuat kaum Yahudi.
16. Tahun 629 Masihi, Pertempuran Mu’tah
Peperangan ini berlaku di atas tuntut bela kematian Al-Harith bin Umar Al-Azdiyy, utusannya ke Basra. Baginda melantik Zaid bin Hariithah sebagai ketua dan berpesan : Sekiranya Zaid terbunuh, maka Jakfar akan menggantinya dan sekiranya Jakfar terbunuh maka yang menggantikkannya ialah Abdullah bin Rawahah. Tentera muslimin menghadapi hentangan sengit di kerana mereka bergabung dengan bala tentera Rom yang beragama Nasrani. Ketiga-tiga pemimpin yang diutuskan nabi telah mati syahid di pertempuran mu’tah, didalam kekalutan tentera muslimin yang kehilangan pemimpin maka muncul pedang Allah iaitu Khalid al-Walid mengambil tempat sebagai ketua bagi kaum muslimin. Maka berbekalkan kemahiran yang ada padanya yang mahir dengan strategi peperangan tentera islam diberi kemenangan oleh Allah.
17. Tahun 630 Masihi, Pembukaan Kota Makkah
Hasil dari perjanjian Hudaibiyyah yang telah dipersetujui bersama di antara Rasulullah dan kaum Quraisy itu dipatuhi oleh kedu-dua pihak. Tidak lama kemudian, Nabi Muhammad memerintahkan kaum muslimin untuk bersiap sedia untuk berangkat ke Mekah, seramai 10000 orang muslimin mengikut baginda ketika itu. Kaum muslimin yang berjumlah 10000 rang itu menyalakan api dipinggir khemah masing-masing. Mereka duduk di dalam khemah sambil berzikir dan bertasbih. Lalu Abu Sufiyan terpandang nyalaan unggun api itu dengan rasa terkejut melihat satu nyalaan yang banyak. Perasaan cemas menyelubungi Abu Sufian dengan keadaan Mekah keesokan harinya lalu bertemu Abbas untuk menyatakan pendapatnya. Dengan nasihat dari Abbas, Abu Sufian telah menyatakan keislamnnya.
18. Tahun 630 Masihi, Pertempuran Hunain
Dengan pembukaan kota Makkah itu berkecailah kerajaan berhala, semua orang arab tunduk kepada Islam dan mereka memeluk Islam beramai-ramai. Tetapi terdapat dua kabilah yang masih berdegil dan diresapi oleh semangat jahiliyyah iaitu Hawazin dan Thaqif. Mereka mengatur rancangan untuk memerangi rasulullah dan melantik Malik bin Auf al-Nasri sebagai ketua. Apabila Rasulullah mengetahui berita tersebut seramai 12000 orang tentera keluar bersama Rasulullah, orang muslimin yang bangga dengan ramainya mereka hampir kalah dalam pertempuran ini dengan tipu muslihat yang dilakukan oleh pihak musuh. Walaupun begitu, dengan kebijaksanaan Nabi Muhammad menguruskan barisan tentera perang dan akhirnya berjaya mendapat kemenangan dalam peperangan tersebut.
19. Tahun 632 Masihi, Pertempuran Tabuk
Peperangan yang terakhir disertai Nabi Muhammad adalah disebabkan Rom telah mempersiapkan tentera untuk memerangi Madinah. Dalam peperangan ini, Nabi Muhammad sendiri mengarahkan muslim yang kaya menyerahkan harta bagi membantu tentera muslimin kerana peperangan ini terjadi semasa keadaan yang agak susah dan tiada kelengkapan serta banyak kesulitan yang dihadapi tentera Islam. Dikhabarkan seramai 30 000 orang menyertai Nabi dalam peperangan ini, peperangan yang berlaku di Syam itu akhirnya berpihak kepada tentera Islam walaupun ia dibayar dengan harga dan pengorbanan yang tinggi oleh para sahabat. Nabi Muhammad yang selama ini merahsiakan perjalanan sesuatu peperangan memberitahu perjalanan peperangan ini menggambarkan kesukaran yang dihadapi oleh tentera muslimin.
20. Tahun 632 Masihi, Haji Wada’
Pada tahun ini, Rasulullah mengerjakan haji wada’ bersama-sama orang ramai. Itulah haji selamat tinggal kepada muslimin dan juga satu-satunya ibadat haji yang dilakukan oleh Rasulullah. Baginda keluar mengerjakan haji pada 5 zul qaedah dan melantik Abu Dujanah al-Anasari sebagai penggantinya di Madinah. Bilangan yang mengikuti Rasulullah mengerjakan haji menjangkau 90 000 orang. Rasulullah s.a.w berihram haji ketika manaiki tunggangannya kemudia bertabliah.
21. Tahun 632 Masihi, Meninggal : Madinah
Pada tahun ini, adalah tahun wafatnya penghulu segala anbia, waktu dhuha baginda wafat. Peristiwa ini berlaku pada hari Isnin 13 Rabi’al-Awwal tahun 10 H denagn usia Baginda 63 tahun 3 hari berdasarkan tahun hijrah 61 tahun 84 hari berdasarkan tahun Masihi. Sahabat yang amat merasai pemergian baginda adalah Umar al-Khotob yang mengatakan sambil menghunuskan pedangnya, barang siap yang mengatakan Nabi wafat akan aku potong tangan dan kakinya, kemudian Abu Bakar pun datang menenangkan beliau dengan mengatakan nabi benar-benar telah wafat
Subscribe to:
Posts (Atom)