Wednesday, November 30, 2011

Wirid dan Doa Untuk Pelajar



Doa untuk mudah faham dan berupaya menghafal sesuatu.

Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

 
                                                                   WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI


Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat.
“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

Untuk lebih banyak doa dan wirid untuk pelajar klik link di bawah:



Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Doa akhir tahun:


: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan mngampunkan dosanya setahun."


Sunday, November 20, 2011

SPM 2012

Cikgu ucapkan selamat berjaya kepada semua calon SPM 2012 terutama sekali kepada calon yang mengambil Prinsip Perakaunan. Percaya kepada diri sendiri, belajar dengan bersungguh-sungguh dan banyakkan  berdoa.