Sunday, May 30, 2010

Gambar Kelakar









Penghibur hati yang resah atau stress.

Friday, May 28, 2010

Terkini... Terkini... Terkini

Ini adalah Format Pentaksiran SPM Prinsip Perakaunan yang terkini. Sila klik di bawah:
FORMAT PENTAKSIRAN PRINSIP PERAKAUNAN 2011

Thursday, May 27, 2010

Pedoman dan Peringatan

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA NAK MATI

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Ya Allah Aku mohon padamu agar matikanlah aku dalam iman dan sebagai hambamu yang bertakwa. Ada tanah untuk kuburkan ku dan ada manusia yang selalu mendoakanku.

Tuesday, May 25, 2010

Latihan Akaun Kawalan

Cuba latihan ini sbg persediaan utk Peperiksaan Pertengahan Tahun. Semalam tak sempat bagi latihan .

Klik di sini

Monday, May 24, 2010

NOTA PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4


INI ADALAH NOTA PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 MENGIKUT SUKATAN TERKINI. SILA KLIK DI BAWAH:
Nota Prinsip Perakaunan Ting 4

Modul Penghasilan Bahan P&P dgn Powerpoint

Ini adalah bahan yang cikgu rasa dapat membantu para guru dan pelajar untuk menghasilkan modul P&P dalam bentuk Powerpoint agar P&P menjadi lebih seronok. Harap dapat membantu.
Sila klik di bawah:

Modul Powerpoint Penghasilan Bahan P&P

Friday, May 21, 2010

Ke mana cikgu pergi?


Cikgu baru balik dari Pontian. Ada Kursus Peningkatan Prestasi Prinsip Perakaunan di mana guru-guru Prinsip Perakaunan di berikan pelbagai input tentang cara peningkatan prestasi matapelajaran ini. Banyak bahan yang cikgu perolehi dalam kursus tersebut. Cikgu akan upload bahan-bahan yang diperolehi itu dalam sedikit masa lagi kerana badan masih terasa penat. Maaf ye.... Cuba datang lagi dalam sehari dua ini. Anda pasti akan mendapat pelbagai manfaat.


























































MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4




Ini adalah modul Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 mengikut sukatan yang baru. Harap dapat membantu rakan-rakan guru dan
pelajar. Terima kasih Cikgu Narzuki. Sila klik di bawah:
Modul Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Sunday, May 16, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun




Saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar SMK(P) Temenggong Ibrahim yang akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun Pada hari Isnin ini. Ingat akan semua pesanan cikgu .


Puisi untuk GURU





Puisi untuk insan istimewa bernama GURU.




GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia


Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Karya USMAN AWANG

Saturday, May 15, 2010

KOLEKSI SOALAN-SOALAN DOKUMEN



















SOALAN LATIHTUBI




Koleksi Soalan MRSM Kertas 2





Ini adalah koleksi soalan Percubaan SPM MRSM . Ulangkaji dengan menggunakan soalan-soalan ini. Sila klik di bawah.














Koleksi soalan MARA


Ini adalah koleksi soalan daripada MRSM. Gunakanlah soalan-soalan ini sebagai ulangkaji. Harap dapat membantu anda. Sila klik di bawah:

kertas 1 2003
kertas 1 2004
kertas 1 2005
kertas 1 2006
kertas 1 2007
kertas 1 2008


SELAMAT HARI GURU


DI SINI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN KEPADA SEMUA RAKAN GURU DENGAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU...........

Sunday, May 9, 2010

Kerjarumah utk 4 Bumi

Klik di bawah:

Jurnal Am
Jurnal Belian dan Pul Belian
Buat semasa ketiadaan cikgu pada hari Rabu ini.

Thursday, May 6, 2010

Jurnal Am

Nota dan jalan kerja yang pasti akan dapat membantu anda. Klik di bawah:

sila klik di bawah

MUET Tips to face Exams

Hope these tips will help you
click here for the tips

MUET - Expressions and Idioms

Ini adalah bahan yang boleh membantu anda. Sila klik di bawah :


click here

Tuesday, May 4, 2010

Minggu ini agak sibuk kerana ada tugasan luar yang perlu diselesaikan. Cikgu terpaksa bertugas di luar dari hari Isnin hingga Khamis. Maaf kerana agak lama tidak update dan memasukkan bahan . Cikgu akan cuba untuk memasukkan bahan dalam sehari dua ini. Datang lagi ye.