Thursday, February 25, 2010

Luahan hati

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk kerana anak sulong cikgu yang mungkin anda kenali telah dimasukkan ke wad 7 Hospital Batu Pahat. Mohd Amierul Sharafi atau dikenali sebagai BOB di kalangan rakan-rakan telah mengalami sedikit kemalangan semasa perlawanan ragbi. Tulang tangannya patah dan perlu dimasukkan besi dan alhamdulilah dia kini sedang menjalani proses pemulihan. Terima kasih kepad mereka yang datang melawat dan setinggi terimakasih diucapkan kepada semua doktor dan jururawat Hospital Batu Pahat terutama sekali dari Wad 7 di atas layanan yang amat memuaskan hati. Moga Allah sahaja yang dapat membalas jasa tuan/puan.

No comments:

Post a Comment