Wednesday, May 11, 2011

Tips! Tips! Tips! Peperiksaan Pertengahan Tahun Ting 5

Ramai pelajar bertanya apakah soalan yang akan keluar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Terus-terang cikgu katakan di sini bahawa cikgu tak tahu sebenarnya. Bagaimanapun pelajar boleh memberikan fokus yang lebih kepada topik Tingkatan 5 seperti Penyata Penyesuaian Bank, Penggajian,  Belanjawan Tunai dan Varian, Perkongsian 1 dan Perkongsian II (Pembubaran Perkongsian). Bagi Tingkatan 4 pula berikan tumpuan kepada konsep-konsep perakaunan, Ciri-ciri Penyata Kewangan, Klassifikasi Akaun, petikan daripada proses Kitaran Perakaunan dan semestinya penyediaan Penyata Kewangan milikan tunggal. Perlulah diingat bahawa ini adalah ramalan sahaja. Seharusnya pelajar mengulangkaji semua topik cuma tumpuan lebih diberikan kepada topik yang dicadangkan oleh cikgu. Selamat menjawab.