Thursday, March 31, 2011

Teknik meningkatkan daya ingatan

10 perkara yang boleh anda lakukan untuk menjaga daya ingatan  agar tetap dalam keadaan baik.


Kacang Soya

Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori

Zat Besi

Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak

Kopi

Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein

Latihan Mental

Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.

Latihan Fizikal

Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.

Mengunyah Gula-Gula Getah

Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

Ginkgo Biloba

Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki pengaliran darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.

Minyak Ikan

Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.

Rosemary Dan Sage

Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.

Vitamin B

Vitamin B berfungsi mengirimkan oksigen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.

Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.

(sumber:www.jomlayan.com)

Adakah anda BUTA WARNA

BUTA WARNAKAH AKU?

Saturday, March 26, 2011

Sijil LCCI

Kepada para pelajar SPM 2010 yang tertera gred LCCI pada slip peperiksaan SPM layak untuk mendapatkan sijil tersebut. Saya telah menyediakan borang yang boleh digunakan oleh pelajar untuk memohon bagi mendapatkan sijil tersebut. Pastikan anda mendapatkan sijil tersebut sebagai pengakuan kualiti ilmu perakaunan yang dimiliki oleh anda. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang berjaya.
Borang LCCI SPM 2010

Tuesday, March 22, 2011

Keputusan SPM 2011

Besok keputusan SPM akan diumumkan. Cikgu berdoa agar semua pelajar  termasuk anak cikgu yang menduduki peperiksaan ini akan memeperolehi kejayaan yang cemerlang. Di sini cikgu sediakan link dan cara  untuk menyemak keputusan anda.

Semak keputusan SPM 2010 melalui sms


Seperti yang ramai pelajar lepasan SPM 2010 sedia maklum, tarikh pengumuman keputusan SPM 2010 ialah pada hari Rabu ini, 23 Mac 2011.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di Putrajaya.

Buat kali pertama juga, semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga diperkenalkan bagi memudahkan pelajar SPM 2010 menyemak keputusan masing-masing.

Cara Menyemak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip SPM SEMAK dan hantar ke 15888. Setiap semakan dicaj RM 0.35. Semakan bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011) hingga 11.59 malam (30 Mac 2011) atau mungkin juga ditamatkan pada hari yang sama.

Sunday, March 13, 2011

Kerjarumah untuk 4 BUMI 2011

Ini adalah kerjarumah untuk para pelajar 4 BUMI.  Bagi topik Persamaan Perakaunan buat soalan-soalan belum di buat sahaja. Yang lain buat semua. Utk pengetahuan para pelajar latihan bagi sistem catatan bergu akan cikgu upload pada hari Isnin nanti.

Persamaan Perakaunan
Soalan Objektif Bab 1
Soalan Objektif Bab 2

Tuesday, March 8, 2011

Perisian Kerja Kursus Prinsip Akaun Kertas 3

Perisian ini telah dibina oleh MPM.

Perisian ini dapat membantu guru-guru Prinsip Perakaunan dalam menilai kerja kursus pelajar berdasarkan pemberat yang diberi
Perisian format Excel ini boleh digunakan dengan mengikut arahan mudah yang telah disertakan.

Komputer guru mestilah mempunyai program kompressor Winrar/Winzip

klik di sini